PAS kecewa kerajaan campuran tarik balik rayuan, gesa timbang semula

May 16, 2023 · Isu semasa

Keputusan kerajaan campuran menarik balik rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah mengecewakan PAS kerana membelakangi titah Raja-Raja Melayu sebelum ini.

Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM), PAS Pusat mengkritik langkah menarik balik rayuan tersebut dan mendesak agar menimbang semula keputusan mereka, malah Baginda juga sudah bertitah sebelum ini agar rayuan dibuat bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi.

“LUHAM juga menzahirkan keterkilanan yang mendalam lantaran daripada tindakan Kerajaan Madani tersebut yang jelas kelihatan sangat lemah dan gagal mempertahankan aspirasi masyarakat Islam di negara ini.

“Bahkan sanggup mensesiakan peluang untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi tersebut di Mahkamah Atasan, justeru memperlihatkan bahawa sensitiviti masyarakat Islam di negara ini tentang isu tersebut tidak penting bagi Kerajaan Madani,” kata Pengerusinya, Wan Rohimi Wan Daud dalam satu kenyataan.

LUHAM juga menggariskan beberapa faktor mengapa keputusan menarik balik rayuan tersebut mengecewakan mereka,  faktor-faktornya seperti berikut:-

1. Rayuan tersebut adalah penting untuk membolehkan Mahkamah Rayuan iaitu Mahkamah Atasan untuk menyemak dan menilai semula keputusan Mahkamah Tinggi dan alasan-alasan yang diberikan. Notis Rayuan yang difailkan 2 hari selepas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut menunjukkan betapa seriusnya Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Persekutuan (Perikatan Nasional) sebelum ini, untuk berhujah semula bagi mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi.

2. Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut telah menimbulkan kegusaran dikalangan penganut agama Islam, dan adalah penting untuk Mahkamah Atasan menilai semula keputusan tersebut untuk melihat rasional dan kemunasabahan keputusan Kementerian Dalam Negeri yang dibuat tahun 1986.

3. Keputusan Mahkamah Atasan adalah penting untuk menjadi pedoman  yang mengikat Mahkamah-Mahkamah bawahan, dan merupakan “binding precedent” berbanding keputusan Mahkamah Tinggi.

LUHAM juga menuntut Kerajaan Madani khususnya Menteri Dalam dan Peguam Negara Malaysia untuk menjawab dan memberi penjelasan terhadap persoalan-persoalan berikut:

1. Sama ada keputusan menarik balik rayuan tersebut melalui Nota Kabinet telah diperhalusi oleh anggota-anggota kabinet, dan sama ada terdapat apa-apa bantahan daripada mana-mana ahli kabinet Kerajaan Madani?

2. Sama ada KDN telah membuat konsultasi dan/atau libaturus dengan MAIS, MAIWP dan MAIK  yang merupakan Sahabat Mahkamah (amicus curae) sebelum membuat keputusan?

3. Sama ada KDN telah membuat konsultasi dan/atau libaturus dengan semua pemegang taruh termasuk institusi diraja yang merupakan ketua agama Islam dalam isu yang berkait agama Islam ini?

4. Sama ada KDN telah membuat keputusan menarik balik rayuan tersebut atas desakan atau tekanan pihak-pihak tertentu?

5. Kenapa KDN memfailkan Notis Pemberhentian untuk menarik balik rayuan tersebut tanpa apa-apa hebahan dibuat kepada masyarakat umum, yang mempunyai hak untuk mendapat maklumat tentang isu-isu terkait amalan agama Islam dan juga “peaceful co-existence” di negara ini?

Ahad lalu, media melaporkan KDN dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa penganut Kristian boleh guna kalimah Allah dan tiga perkataan Arab, iaitu Baitullah, kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.

Berita berkaitan
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
5 jam lalu· Politik
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu· Isu semasa
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
7 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
7 jam lalu· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
22 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok