Parlimen tidak terbubar secara automatik walaupun melangkau 6 bulan

June 29, 2021 · Isu semasa

Tanggapan mengatakan Parlimen terbubar secara automatik kerana tidak ada persidangan yang berjalan selama enam bulan adalah tidak tepat, kata pakar Perlembagaan Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz.

Shamrahayu berkata walaupun tempoh enam bulan tersebut sudah tiba sekiranya dikira dari 29 Disember 2020 sehingga 29 Jun 2021, tafsiran tersebut bagaimanapun masih terikat dengan Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa) Perlu 2021 yang selepas penelitiannya mendapati Parlimen masih tidak terbubar secara automatik seperti didakwa.

“Setelah meneliti Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa) Perlu 2021, pada pandangan saya, Parlimen (Dewan Rakyat) tidak terbubar secara automatik walaupun jarak masa enam (6) bulan telah tiba pada 29 Jun 2021 sekiranya dikira dari tarikh 29 Disember 2020.

“Jarak masa 6 bulan antara persidangan akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertama dalam penggal yang berikutnya adalah peruntukan di bawah Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 55(1) adalah berkaitan dengan “memanggil” Parlimen untuk bersidang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, Seksyen 14(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) juga menjelaskan secara terang bahawa tempoh enam bulan tersebut tidak memberi kesan terhadap pembubaran Parlimen seperti yang ditafsir oleh individu tertentu.

“Pada Seksyen 14(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) adalah dinyatakan: “peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan; dan…”.

“Oleh kerana Seksyen 14(1)(a) telah menyatakan, antara lain, “memanggil” Parlimen tidak mempunyai kesan, maka jarak masa enam bulan juga tidak memberi kesan.

“Justeru, pada pandangan saya, Parlimen tidak terbubar secara automatik walaupun jarak masa antara dua persidangan telah melangkau enam bulan,” ujarnya.

Malaysia ketika ini sedang melalui tempoh Darurat selepas Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menggunakan kuasa Baginda berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan perintah tersebut.

Baginda yakin bahawa Darurat ini merupakan langkah paling berkesan buat masa ini bagi menghadapi pandemik Covid-19 yang kini mencecah angka yang sangat membimbangkan dalam negara.

Tempoh Darurat ini berkuatkuasa sehingga 1 Ogos 2021 atau satu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid- 19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Enggan vaksin, guru boleh ditukar jika jejas proses PdP
September 26, 2021
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
23 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
23 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok