Parlimen: Strategi hadapi kegawatan ekonomi jadi tumpuan hari ini

March 6, 2023 · Isu semasa

Pelan kerajaan menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun ini merupakan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Tahun ini penganalisis menjangkakan keadaan ekonomi global yang suram juga akan terkena tempias kepada negara dan kerajaan memerlukan strategi yang mampan untuk berdepan ketaktentuan yang bakal memberi implikasi besar kepada seluruh rakyat.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) bertanyakan Menteri Kewangan sama ada kerajaan bersedia menyediakan insentif seperti subsidi upah, geran khas kepada perusahaan kecil dan sederhana, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bantuan lain seperti yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini, pada sesi soal jawab, menurut laporan Bernama.

Riduan Rubin (Bebas-Tenom) pula mahu Menteri Kewangan menyatakan perancangan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi tahun ini.

Pada sesi sama, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) bertanyakan Menteri Perladangan dan Komoditi mengenai sama ada kerajaan bercadang menaikkan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari RM2.50 kepada RM4.50 pada waktu ini.

Sementara itu, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) pula meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan langkah yang telah diambil kerajaan untuk menangani isu kenaikan kos mengerjakan ibadah umrah di Arab Saudi ketika ini.

Selesai sesi soal jawab, sidang Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar bagi hari kelima.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023· Isu semasa
PMX pertahan cadangan cagar akaun KWSP, tiada risiko besar
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
32 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
43 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok