Parlimen ditangguh sebab enam kes positif berpotensi jadi ‘superspreader’

August 1, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan enam daripada 11 kes positif Covid-19 yang dikesan di Parlimen sejak 29 Julai lalu berpotensi menjadi ‘superspreader’, dipengaruhi beberapa faktor dan persekitaran di dalam Dewan Rakyat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan mengambil kira pelbagai aspek, KKM mencadangkan supaya semua sesi mesyuarat yang dirancang di Parlimen ditangguhkan selama dua minggu bermula 29 Julai 2021.

Beliau berkata walaupun jumlah kes positif yang dikesan ketika sidang Parlimen itu adalah 0.8 peratus, namun hasil penilaian risiko dengan mengambil kira faktor epidemiologi dan persekitaran, didapati persidangan berkenaan merupakan satu perhimpunan yang berisiko tinggi untuk berlaku penularan jangkitan Covid-19.

Antara faktor epidemiologi yang diambil kira ialah ramai dalam kalangan yang hadir di Mesyuarat Khas Parlimen adalah dalam kategori warga emas dan kemungkinan mempunyai faktor komorbid yang meningkatkan risiko jangkitan, selain tidak semua individu yang hadir di Dewan Rakyat telah mendapat vaksinasi yang lengkap.

“Keadaan dewan Parlimen yang bertutup meningkatkan risiko penularan jangkitan memandangkan virus SARS-CoV-2 tersebar dan menular melalui udara dan boleh kekal dalam persekitaran selama beberapa jam

“Selain itu penjarakan fizikal dalam sewan kurang daripada satu meter antara satu sama lain walaupun terdapat penghadang meja, selain berlaku perkumpulan kecil di dalam dan di luar dewan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini seramai 48 kontak rapat telah dikenal pasti bagi semua kes positif terbabit, namun siasatan dan pengesanan masih lagi diteruskan.

Katanya pada 30 Julai 2021, saringan pra-persidangan Dewan Negara telah dijalankan ke atas 100 individu menggunakan ujian RT PCR dan mendapati sembilan kes positif Covid-19.

“Pemakluman kes telah dilaporkan kepada KKM pada 1 Ogos 2021. Siasatan ke atas kes dan pengesanan kontak rapat sedang dijalankan untuk diambil tindakan kawalan dan pencegahan sewajarnya,” katanya.

Semalam, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin mengumumkan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada Isnin ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Katanya penangguhan itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh KKM di Parlimen.

Berita berkaitan
PM hanya ambil kira pandangan parti sendiri, bukan pandangan bersama: PAS
August 6, 2022· Politik
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Tiga RUU berkaitan untung luar biasa, cukai jualan dan perkhidmatan diluluskan
August 4, 2022· Isu semasa
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: Hishammuddin tak janji bila kapal bakal siap, mungkin setahun dua lagi
31 minit lalu · Isu semasa
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
3 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
2 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok