Parlimen buat keputusan isu ungkapan lucah Tajuddin esok

July 25, 2022 · Isu semasa

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata Parlimen akan membuat keputusan mengenai dakwaan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, esok.

Beliau berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap isu dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen (MP) berhubung isu itu, termasuk memanggil beberapa saksi untuk pengesahan.

Beliau meminta diberi masa kerana baharu sahaja menerima surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, memintanya mengendalikan isu berkenaan.

“Merujuk pada cadangan saya pada ketika (insiden) itu iaitu menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, surat sudah dihantar dan dan saya juga menerima surat itu kerana Yang Dipertua minta saya kendalikannya.

“Saya baru terima surat itu dan kini dalam proses. Sebahagian saksi telah saya aturkan pertemuan dengan mereka.

“Saya akan buat rumusan keseluruhan (selepas selesai proses siasatan) dan berikan jawapannya dalam minggu ini, selewat-lewatnya esok untuk saya buat keputusan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, P Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(4) untuk membangkitkan persoalan mengenai Tajuddin yang didakwa ‘mengeluarkan bahasa kurang sopan dan seksis’ dalam sesi sidang Dewan Rakyat, Rabu lalu.

Kasthuriraani menzahirkan kekecewaan dengan tindakan Mohd Rashid ketika itu yang hanya memberi amaran kepada Tajuddin, sedangkan ada sembilan saksi dalam kalangan Ahli Parlimen mendengar Tajuddin mengungkapkan kata kesat dan lucah itu ketika mikrofon ditutup.

“Jika Timbalan Yang Dipertua tidak menggunakan kerusi, jawatan dan kelebihan itu untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen mulut celupar seperti ini, ia akan jadi duluan yang bahaya dan buruk dalam sejarah Dewan yang mulia ini,” katanya.

Pada masa sama, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) menyarankan Mohd Rashid memanggil Bentara bertugas yang berada berhampiran Tajuddin ketika kejadian, untuk membuat pengesahan.

Rabu lalu, Tajuddin didakwa mengeluarkan kata kesat dan lucah berkait dengan kemaluan wanita ketika Dewan Rakyat kecoh semasa perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual.

Kekecohan itu berlaku selepas Tajuddin menggelar beberapa Ahli Parlimen wanita DAP bersikap tidak senonoh ketika cuba membidas dakwaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) yang menyifatkan Ahli Parlimen veteran UMNO itu kerap membuat kenyataan berbaur seksis kepada Ahli Parlimen wanita.

Berita berkaitan
UMNO Bahagian cadang Ku Nan kekal sebagai calon di Putrajaya: Laporan
8 jam lalu· Politik
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
August 11, 2022· Politik
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022· Politik
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022· Politik
Popular
Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan
August 15, 2022
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kejatuhan harga minyak, kadar faedah China jejas nilai ringgit
34 minit lalu · Isu semasa
Dewan Negara lulus empat RUU
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
2 jam lalu · Isu semasa
KKM mohon lebih banyak dana penjagaan kesihatan awam
2 jam lalu · Isu semasa
Skandal kapal tak siap: Bekas pegawai tinggi BNS didakwa esok
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
7 jam lalu
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok