Parlimen boleh dibubar walaupun Agong tiada dalam negara: Pakar

October 10, 2022 · Isu semasa

Di tengah-tengah spekulasi yang memuncak mengenai pembubaran Parlimen, dan ‘perutusan Perdana Menteri (PM) petang ini, keraguan baharu muncul dengan Yang di-Pertuan Agong memulakan lawatan ke United Kingdom hari ini.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menyerikan pelancaran Stesen Janakuasa Battersea di London, yang merupakan inisiatif sebuah konglomerat Malaysia, dan akan berada di luar negara sehingga 16 Oktober.

Persoalan besar ialah sama ada PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh mengumumkan pembubaran Parlimen dengan Yang di-Pertuan Agong tiada di dalam negara?

Cakap-cakap mengatakan Ismail Sabri telah menerima perkenan rasmi Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan beliau telah menyampaikan perkara ini kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, disahkan apabila Presiden UMNO itu hari ini (10 Oktober) memaklumkan PM telah memohon Parlimen dibubarkan.

Jika ini benar, pakar undang-undang Perlembagaan Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata kehadiran fizikal Yang di-Pertuan Agong di negara ini tidak diperlukan untuk PM mengumumkan pembubaran Parlimen.

“Sekiranya Agong memperkenankan pembubaran Parlimen dengan tarikh yang ditetapkan dan jika ianya telah pun diwartakan, pembubaran itu boleh dilakukan walaupun Yang di-Pertuan Agong tiada di negara ini,” katanya menurut The Star.

Dr Shad Saleem berkata tiga elemen – perkenan rasmi Agong, tarikh tetap dan pewartaan pembubaran – mesti dipenuhi.

Beliau berkata formaliti ini mesti dipatuhi dengan ketat kerana pembubaran Parlimen adalah peristiwa penting yang akan menyaksikan ‘222 Ahli Parlimen kehilangan pekerjaan’ dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula bertindak untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Peguam dan aktivis Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir mengulangi pandangan itu, sambil menambah bahawa sebaik sahaja persetujuan untuk membubarkan Parlimen telah dibuat, Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan sekatan di mana Yang di-Pertuan Agong mesti berada di dalam negara.

“Oleh itu, Parlimen boleh dibubarkan sebaik sahaja perkenan diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan sebarang persoalan mengenai keberadaan baginda selepas itu, pada fikiran saya, tidak relevan dari segi Perlembagaan,’’ katanya.

Pemerhati politik menggesa Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen secepat mungkin jika benar Yang di_pertuan Agong telah pun memberi lampu hijau.

“Kita tidak tahu bagaimana pelaburan langsung asing akan bertindak balas jika pembubaran Parlimen dibiarkan tergantung dan Pilihan Raya Umum (PRU) ditangguhkan,” kata penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian.

Beliau berkata tanda-tanda Parlimen hampir dibubarkan semakin jelas kelihatan.

“Top 5 UMNO telah bertemu dan Perdana Menteri juga telah menghadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya sambil menambah pembentangan awal Bajet 2023 juga merupakan petunjuk PRU akan diadakan segera.

Prof Akademik Datuk Dr Ramlah Adam berkata, bersabar dengan situasi politik yang tidak stabil adalah tidak baik untuk negara.

“Ahli politik mesti sedar dan faham bahawa ia bukan tentang mereka, ia adalah mengenai rakyat biasa yang mahukan kerajaan bersatu dan bebas masalah untuk memperbaiki negara,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Dua jawatan TPM, satu kepada BN dan GPS: Anwar
November 24, 2022· Politik
Bukti akuan bersumpah boleh jadi asas untuk Agong lantik seorang PM, kata pakar
November 23, 2022· Politik
Agong titah 30 MP BN datang menghadap, yang datang cuma 3
November 23, 2022· Politik
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,024 kes baharu, lapan kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
22 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
3,537 kes baharu, lapan kematian
November 24, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok