Parlimen: Agong hendaklah terima, bertindak ikut nasihat Kabinet

June 25, 2021 · Isu semasa

Jemaah Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk diadakan sidang Parlimen dan baginda hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu, menurut Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan, kata Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Beliau dalam kenyataan bertujuan memperjelaskan kedudukan mengenai kuasa Agong untuk memanggil sidang Parlimen dan kewajipan baginda bertindak atas nasihat jemaah menteri, hari ini berkata:

“Berdasarkan Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan, kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Namun, peruntukan untuk memanggil Parlimen bersidang tidak mempunyai kesan bawah perenggan 14(1)(a) Ordinan Darurat selama tempoh darurat berkuat kuasa.

“Perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat pula memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen pada tarikh ‘sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong’.”

Idrus berkata, ini selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan, penjalanan kuasa baginda untuk memanggil Parlimen bersidang hendaklah dijalankan mengikut nasihat Kabinet atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan pelbagai pihak kebelakangan ini memberikan pandangan mengenai kuasa Yang diPertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang dan kewajipan baginda bertindak atas nasihat jemaah menteri seperti diperuntukkan bawah Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menjelaskan Subseksyen 14(1) Ordinan Darurat perlu dibaca bersama peruntukan lain dalam Ordinan Darurat seperti Seksyen 17 dan 18.

Katanya, Seksyen 17 memperuntukkan bahawa bagi tempoh darurat berkuat kuasa, kuasa yang diberikan mengikut Ordinan Darurat itu adalah tambahan kepada, dan bukanlah sebagai menggantikan, kuasa yang diberikan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa.

“Seksyen 18 memperuntukkan sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Ordinan Darurat itu dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, peruntukan Ordinan Darurat berkenaan hendaklah mengatasi dan peruntukan undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah disifatkan digantikan setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu,” katanya.

Beliau juga memperjelaskan berdasarkan Seksyen 17 dan 18 itu, perenggan 14(1)(b) ataupun mana-mana peruntukan dalam Ordinan Darurat itu tidak mengecualikan peruntukan prinsip Raja Berperlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, mengenai kuasa jemaah menteri dalam menasihati Yang diPertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang, Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Peraturan Mesyuarat 10(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara memperuntukkan bahawa Ketua atau Timbalan Ketua Majlis iaitu (Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri) hendaklah menetapkan, sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap Penggal, tarikh-tarikh Majlis akan bermesyuarat dalam sesuatu Penggal dan Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, katanya, selaras kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang yang dijalankan mengikut nasihat Jemaah Menteri, tarikh-tarikh mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara juga ditentukan oleh Jemaah Menteri.

Turut diperjelaskan Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan antara lain, pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima serta bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
6 jam lalu· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
9 jam lalu· Politik
Najib tiba-tiba dirawat di HKL? Ada apa-apa ke?
November 30, 2022· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
November 29, 2022· Politik
Popular
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
8 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
13 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
13 jam lalu · Isu semasa
Covid: Kematian semalam tertinggi sejak April, 1,737 kes baharu
16 jam lalu · Isu semasa
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ceramah umum pertama BN-PH hambar, tiada sepatah ‘penyamun’ disebut Mat Sabu
24 jam lalu
[VIDEO] Ahmad Said selar pengundi muda, dakwa disogok PAS
November 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok