Paras sungai empat negeri surut tapi MetMalaysia ramal hujan berterusan

October 8, 2022 · Isu semasa

Paras air di beberapa sungai utama di empat negeri – Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor – yang mencatatkan peningkatan selepas hujan lebat petang semalam, dilaporkan berada pada paras selamat hari ini (8 Oktober 2022).

Namun, pada masa sama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sebahagian besar negeri di Semenanjung, selain Sabah dan Sarawak, diramal hujan berterusan dan ribut petir bermula hari ini hingga Isnin ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata anggota bomba melakukan pemantauan semalam dan paras air di sungai seperti yang dinyatakan itu berada pada tahap normal.

“JBPM juga sudah menghantar laporan kepada Task Force Banjir memaklumkan kenaikan air di sungai itu hanya bersifat sementara.

“Setakat ini, tidak berlaku banjir dan tiada penduduk yang dipindahkan ke PPS,” katanya pada sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Stadium Pancarona, Presint 18, di Putrajaya hari ini.

Sehingga jam 8 pagi tadi tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), manakala dua PPS di Kluang, Johor sudah ditutup semalam, katanya.

Terdahulu, media melaporkan sehingga tengah malam tadi paras air enam sungai di lima negeri telah melepasi tahap bahaya.

Data laman sesawang info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat jam 12 tengah malam ini, menunjukkan negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Selangor, paras Sungai Buloh di Paya Jaras berada pada 24.51 meter (m) mencecah paras bahaya.

Di Kedah melibatkan Sungai Anak Bukit di Jambatar TAR, Kota Setar merekodkan bacaan 1.57m.

Negeri Sembilan pula melibatkan Sungai Linggi di Kampung Linsum, Seremban dan Sungai Jimah di Kampung Jimah, Port Dickson yang masing-masing mencatatkan bacaan 9 meter dan 8.61 meter melepasi paras amaran.

Turut melebihi tahap amaran iaitu Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah dengan bacaan 1.79m serta Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru dengan bacaan 0.61m.

Sementara itu, jadual ramalan cuaca MetMalaysia yang dikongsi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meramalkan sebahagian besar negeri di Semenanjung, selain Sabah dan Sarawak, dijangka hujan berterusan dan ribut petir bermula hari ini sehingga Isnin ini.

Mengikut ramalan hari ini, beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak serta kawasan pantai Perlis dijangka hujan pada sebelah pagi.

Pada sebelah petang, ribut petir diramal di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak serta kawasan pantai Pulau Pinang.

Cuaca sama diramal berlaku pada sebelah malam di satu dua tempat di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah, hujan.

Pada Ahad, cuaca sebelah pagi diramal hujan di kawasan pantai Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka, selain cuaca sama diramal berlaku di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

Sebelah petang Ahad pula, ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia meramalkan ribut petir melanda beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan, pada sebelah malam, selain satu dua tempat di pedalaman Perlis dan Kedah, manakala di sesetengah kawasan di Sarawak serta Sabah dilanda hujan.

Pada Isnin ini, sebelah pagi diramal hujan di sebahagian besar negeri seluruh negara membabitkan satu dua tempat di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak, manakala satu dua tempat di pedalaman Sabah dilanda ribut petir.

Pada sebelah petang pula, ribut petir kembali di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Ribut petir dijangka berlarutan sehingga malam membabitkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala satu dua tempat di pedalaman Kedah, selain Tawau dan Kudat di Sabah dilanda hujan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Hujan lebat dan ribut petir diramal seluruh negara selama tiga hari
November 28, 2022· Isu semasa
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
November 26, 2022· Politik
Cuaca buruk, proses pengundian digantung di Baram
November 19, 2022· Isu semasa
Ribut petir dijangka mulai esok hingga minggu depan
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
12 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
14 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
14 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
20 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok