Paras sungai di tiga negeri melebihi tahap bahaya

November 11, 2022 · Isu semasa

Paras sungai di tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Sarawak masih melebihi tahap bahaya setakat jam 12.30 tengah hari ini ( Jumaat, 11 November 2022), menurut data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Apa yang membimbangkan ialah paras Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang, Selangor telah melebihi paras bahaya apabila mencatat bacaan 4.74 meter (m), berbanding 2.80m paras normal.

Petang semalam, beberapa kawasan di sekitar Klang, termasuk di Meru mengalami banjir kilat setelah hujan lebat beberapa jam, menyebab ramai penduduk panik apabila berlaku ketika waktu puncak orang ramai pulang kerja.

Berikut adalah paras sungai yang mencatat bacaan melebihi waspada, amaran dan bahaya bagi tujuh negeri sehingga jam 12.30 tengah hari ini:

Selangor

Bahaya

  • Sungai Binjai di Pekan Meru,Klang (4.74m/2.80m(.

Amaran

  • Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor (7.32m/4.50m).

Waspada

  • Sungai Buloh di Parit Mahang, Kuala Selangor (3.54m/1.00m); dan
  • Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat (3.31m/1.90m).

Pahang

Bahaya

  • Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin (11.40m/8.60m).

Amaran

  • Sungai Triang di Triang, Bera (34.19m/31.00m);
  • Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera (31.04m/28.20m).

Waspada

  • Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan (3.35m/1.50m).

Sarawak

Bahaya

  • Sungai Batang Baram di Long Jegan, Miri (12.80m/4.50m).

Amaran

  • Sungai Batang Oya di Stapang B, Sibu (13.81m/10.00m);
  • Sungai Similajau, Bintulu (9.49m/4.00m);
  • Sungai Batang Baram di Long Teru, Miri (7.64m/3.00m): dan
  • Sungai Batang Baram di Marudi, Miri (3.12m/0.00m).

Waspada

  • Sungai Batang Rajang di Mid Bruit, Mukah (4.51m/2.80m);
  • Sungai Batang Kemena di Rumah Along, Bintulu (5.17m/1.88m);
  • Sungai Batang Suai di Kuala Tutong, Miri (4.05m/1.20m); dan
  • Sungai Miri di Batu Niah Bazaar, Miri (2.92m/0.86m).

Perlis

Amaran

  • Sungai Arau di Istana, Arau (6.59m/5.70m).

Kelantan

Amaran

  • Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (8.60m/5.00m).

Kedah

Waspada

  • Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap (11.31m/9.80m).

Johor

Waspada

  • Sungai Muar di Panchor, Muar (1.76m/0.52m);
  • Sungai Batu Pahat di Empangan Sembrong, Batu Pahat (10.06m/8.50m);
  • Sungai Sembrong di Batu 2 Sembrong, Batu Pahat (2.99m/2.10m);
  • Sungai Skudai di Kampung Laut, Johor Bahru (2.32m/1.00m);
  • Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru (0.36m/-0.30m);
  • Sungai Tebrau di Kampung Sri Pandan, Johor Bahru (1.82m/1.00m); dan
  • Sungai Johor di Kota Tinggi, Kota Tinggi (2.01m/0.50m).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak meningkat setakat tengah malam tadi
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
1,576 kes baharu, tiga kematian
December 6, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
12 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
17 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok