Paras air sungai di tiga negeri pada tahap bahaya, trend meningkat

October 8, 2022 · Isu semasa

Paras air di lembangan, sublembangan dan stesen pengukur menunjukkan paras air di beberapa sungai di tiga negeri berada pada tahap bahaya.

Sehubungan itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan penduduk memberi perhatian penting terhadap paras air di sungai berdekatan kediaman masing-masing.

“Hati-hati… paras air (sungai) peringkat bahaya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini sambil mengemas kini paras air sungai sehingga jam 5.25 petang ini (8 Ogos 2022).

Mengikut maklumat yang beliau berikan tiga negeri terlibat ialah Perlis, Kedah dan Perak.

Data menunjukkan lembangan, sublembangan dan Stesen Sungai Perlis di Bukit Tok Poh di daerah Kangar merekodkan 10.59 meter (m) dan trendnya semakin menaik.

Di Kedah, ianya melibatkan lembangan Sungai Kedah, sublembangan Sungai Padang Terap dan Stesen Sungai Padang Terap di Taman Tabung Haji di daerah Kubang Pasu telah mencecah paras 8.57m.

Manakala di daerah Padang Terap pula melibatkan lembangan Sungai Kedah, sublembangan Sungai Padang Terap dan Stesen Sungai Padang Terap di Kampung Kubu, dengan bacaan 13.06m, dengan trend menaik.

Di daerah Hilir Perak pula, lembangan Sungai Perak, sublembangan Sungai Bidor dan Stesen Sungai Bidor di Changkat Jong mencatat 5.80m, dengan trend menaik.

Terdahulu, hari ini, MetMalaysia juga meramalkan sebahagian besar negeri di Semenanjung, selain Sabah dan Sarawak, dijangka mengalami hujan berterusan dan ribut petir bermula hari ini sehingga Isnin ini.

Mengikut ramalan hari ini, beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak serta kawasan pantai Perlis dijangka hujan pada sebelah pagi.

Pada sebelah petang, ribut petir diramal di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak serta kawasan pantai Pulau Pinang.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pemimpin Amanah Kedah keluar parti, tak puas hati tunduk kepada DAP
December 1, 2022· Politik
Saarani yakin lama kelamaan ahli UMNO Perak akan sokong PH-DAP
November 29, 2022· Politik
PH Perak bangga dapat bekerjasama dengan UMNO, tak hirau pengundi
November 23, 2022· Politik
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
17 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
17 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok