Paras air sembilan sungai di lima negeri melebihi tahap bahaya

January 5, 2022 · Isu semasa

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan sehingga jam 8 pagi ini, empat sungai di Pahang mencatat paras melebihi tahap bahaya, dengan dua daripadanya menunjukkan trend menaik.

Statistik laman publicinfobanjir menunjukkan Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera mencatat 26.42 meter (m) melebihi tahap bahaya 26m pada jam 8 pagi tadi, dengan trend menaik.

Sungai-sungai lain ialah Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan (16.44m – menaik); Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera (32.01m – menurun); dan Rumah Pam Tahang Tua, Pekan (10.55m – menurun).

Paras air sungai di tiga lokasi lain pula telah melebihi tahap amaran, manakala lapan lokasi lagi melebihi tahap waspada dengan sesetengahnya menunjukkan trend menaik.

Di Johor, bacaan air di dua sungai iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat telah melebihi tahap bahaya dengan paras air mencecah 20.82m, dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, tangkak (4.06m). Kedua-duanya menunjukkan trend menurun.

Empat lokasi sungai di Johor pula melebihi tahap amaran; dan lima lokasi lagi melebihi tahap waspada.

Manakala masing-masing satu sungai di Selangor, Melaka dan Sabah juga mencatat paras air melebihi tahap bahaya.

Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam, Selangor merekodkan paras air 3.63m dan menunjukkan trend menaik; manakala Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah pula mencatat 2.25m (menurun); dan Sungai Padas di Beauford JPS mencatat 8.81m (tiada perubahan).

Sementara itu, empat sungai di Sarawak, Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu mencatat paras melebihi tahap waspada dengan paras air di Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu, mencatat trend menaik.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok