Paras air melebihi tahap bahaya di 6 negeri, Selangor paling banyak – JPS

November 17, 2022 · Isu semasa

15 stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan paras air melebihi tahap bahaya membabitkan negeri Sarawak, Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, lapor Bernama.

Ia berdasarkan data yang dikongsi JPS melalui laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my setakat jam 10.45 pagi ini.

Selangor merekodkan paras air melebih aras bahaya terbanyak membabitkan Sungai Semenyih di Pekan Bangi Lama, Hulu Langat; Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang; Sungai Klang di Taman Sri Muda, Klang dan Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning, Klang.

Selain itu Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat; Sungai Labu di Kampung Salak Tinggi, Sepang; Sungai Langat di Dengkil, Sepang serta Sungai Langat di Jenderam Hilir, Sepang.

Di Sarawak pula membabitkan stesen di Long Jegan, Long Teru dan Marudi, Miri; Pahang (Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera); Johor (Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat), Negeri Sembilan (Sungai Linggi di Pekan Linggi, Port Dickson) dan Melaka (Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah).

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, JPS meminta orang ramai sentiasa peka dan berwaspada dengan keadaan cuaca semasa.

Amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat berkenaan kenaikan aras sungai serta kadar lebat hujan boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi ataupun akaun twitter Public Infobanjir.

Berita berkaitan
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu· Isu semasa
Kempen PRN : JAIS bagi amaran lagi kepada ahli politik
July 31, 2023· Politik
Amaran terakhir diberikan kepada pihak main isu 3R, kata PMX
July 12, 2023· Isu semasa
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
34 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok