Paras air lima sungai melebihi tahap bahaya, mangsa banjir meningkat

February 7, 2023 · Isu semasa

Paras air di lima sungai utama di empat negeri – Pahang, Perak, Johor, dan Terengganu – sehingga jam 1 pagi ini (7 Februari 2023) dilaporkan telah melepasi paras bahaya, susulan hujan lebat berterusan.

Di Pahang, paras air dua sungai iaitu Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan mencatat bacaan 6.12 meter (m), berbanding 1.50m paras normal, manakala Sungai Keratong di Jambatan Bahau, Rompin pula mencatat 23.45m, berbanding 18.00m paras normal.

Di Perak, paras Sungai Kurau di Kolam Air Bukit Merah, Kerian mencatat 9.16m, berbanding 8.68m paras normal.

Di Johor, bacaan air Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok, Batu Pahat pula mencatat 18.99m (14.50m paras normal).

Manakala di Terengganu, Sungai Peneh di Felda Mengkawang mencatat bacaan 37.49m berbanding 35.00 paras normal.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan sehingga jam 12 tengah malam tadi, jumlah negeri yang terlibat dengan banjir meningkat kepada lima iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Menurut NADMA, jumlah mangsa banjir kini meningkat kepada 3,966 daripada 1,145 keluarga yang kini ditempatkan di 25 PPS.

Di Kedah, seramai 32 mangsa banjir daripada 10 keluarga di Daerah Kulim dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Johor, tiga daerah – Batu Pahat, Mersing dan Segamat – masih dilanda banjir melibatkan 163 mangsa daripada 44 keluarga.

Mereka dipindahkan ke empat PPS yang dibuka dengan jumlah mangsa banjir di Batu Pahat dilaporkan meningkat.

Di Kelantan, seramai 28 mangsa banjir (enam keluarga) di Pasir Mas dipindahkan ke sebuah PPS, manakala 25 mangsa di Kemaman, Terengganu juga dipindahkan ke sebuah PPS.

Di Pahang, seramai 3,718 mangsa banjir daripada 1,077 keluarga dipindahkan ke 18 PPS. Ia melibatkan 3,623 mangsa di Kuantan, dan 95 lagi di Pekan.

Berita berkaitan
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023· Isu semasa
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
3 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
5 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
5 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
6 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok