Paras air 30 sungai waspada hingga bahaya, dua kampung banjir

October 28, 2022 · Isu semasa

Paras air di dua sungai di Kedah dan Perlis merekodkan bacaan melebihi paras bahaya akibat hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan rendah mengalami banjir kilat.

Di Kedah, Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar, Kedah yang mencecah 2.80 meter )m) kini melebihi paras bahaya menyebabkan 18 rumah di dua kampung di daerah itu, terjejas akibat banjir. Paras air normal ialah 1.50m.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata banjir membabitkan Kampung Alor Gunong dan Kampung Alor Pear yang terletak berhampiran sungai.

Beliau berkata, setakat ini, tiga rumah di Kampung Alor Gunong membabitkan 14 penduduk sudah dimasuki air, manakala 15 rumah di Kampung Alor Pear yang membabitkan 60 penduduk turut ditimpa masalah sama.

“Bagaimanapun tiada penduduk dipindahkan ketika ini dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

“Namun anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Setar masih menjalankan pemantauan di sekitar dua kampung berkenaan untuk memastikan paras air terkini, selain keselamatan penduduk dalam keadaan baik. Pemantauan dilakukan bermula jam 9 pagi hingga 10.30 pagi tadi,” katanya.

Norlizawati berkata, paras air di lokasi pemantauan menunjukkan peningkatan namun keadaan cuaca dalam keadaan baik dan anggotanya kini dalam keadaan bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir.

Sementara itu, berdasarkan laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan paras air di 30 sungai di tujuh negeri mencatat paras melebihi tahap waspada, amaran dan bahaya.

Berikut adalah paras air yang direkodkan sehingga jam 12.30 tengah hari ini (28 Oktober 2022):

Johor (sembilan sungai)

Tahap Amaran:

  • Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.85m/18.00m);
  • Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak (3.03m/2.20m).

Tahap Waspada:

  • Sungai Sarang Buaya di Kampung Parit Tengah, Muar (2.24m/0.50m);
  • Sungai Mati di Pulau Penarik, Tangkak (1.67m/0.50m);
  • Sungai Senduk, Tangkak (0.66m/0.10m);
  • Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak (3.44m/2.00m);
  • Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok, Batu Pahat (16.77m/14.50m);
  • Sungai Batu Pahat di Empangan Sembrong, Batu Pahat (10.21m/8.50m); dan
  • Sungai Skudai di Parit Keliling, Kampung Pasir, Johor Bahru (0.19m/-0.30m).

Melaka (tujuh sungai)

Tahap Amaran:

  • Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin (3.30m/2.20m);
  • Sungai Duyong, Melaka Tengah (1.63m/0.25m);
  • Sungai Melaka di Cheng D/S, Melaka Tengah (2.69m/1.70m); dan
  • Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar U/S, Melaka Tengah (1.63m/0.50m).

Tahap Waspada:

  • Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah (11.45m/10.00m);
  • Sungai Melaka, di Cheng U/S, Melaka Tengah (2.29m/1.70m); dan
  • Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah (1.70m/1.30m).

Kedah (lima sungai)

Tahap Bahaya:

  • Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar (2.80m/1.50m).

Tahap Waspada:

  • Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Kubang Pasu (3.55m/1.50m);
  • Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap (12.13m/9.80m);
  • Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar (1.76m/1.30m); dan
  • Sungai Pendang di Pekan Pendang, Pendang (2.38m/1.80m).

Sarawak (empat sungai)

Tahap Amaran:

  • Sungai Batang Baram di Long Teru, Miri (7.29m/3.00m); dan
  • Sungai Batang Baram di Marudi, Miri (3.14m/0.00m).

Tahap Waspada:

  • Sungai Batang Rajang di Punan Bah B, Kapit (9.33m/5.37m); dan
  • Sungai Similajau, Bintulu (8.93m/4.00m).

Selangor (dua sungai)

Tahap Amaran:

  • Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam (2.28m/1.00m).

Tahap Waspada:

  • Sungai Langat di JPS Sungai Manggis, Kuala Langat (2.46m/0.50m).

Pahang (dua sungai)

Tahap Amaran:

  • Sungai Triang di Triang, Bera (34.15m/31.00m); dan
  • Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran (27.35m/24.00m).

Perlis (satu sungai)

Tahap Bahaya:

  • Sungai Arau di Felda Arau (22.34m/1.30m).

Berita berkaitan
Mangsa banjir di PPS Kelantan dan Terengganu lebih 700 mangsa
November 25, 2023· Isu semasa
Paras sungai di Johor dan Terengganu lepas tahap bahaya
November 21, 2023· Isu semasa
Semua wakil rakyat diarah bantu penduduk terjejas banjir, gesa MB Kelantan
November 21, 2023· Isu semasa
Banjir Selangor dan Perak belum reda, jumlah mangsa meningkat
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok