Paras air 19 sungai tujuh negeri lepasi tahap waspada, 2 bahaya

October 16, 2022 · Isu semasa

Dua puluh satu sungai di tujuh negeri merekodkan tiga tahap berjaga-jaga susulan bacaan melebihi paras normal sehingga jam 11 pagi ini (16 Oktober 2022).

Data laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan enam daripada sungai itu terletak di Kedah; Johor (lima); masing-masing tiga di Melaka dan Sarawak; Pulau Pinang (dua); dan masing-masing satu di Negeri Sembilan serta Pahang.

Di Kedah, Sungai Gurun di Kampung Perupok, lembangan Sungai Udang dan sub-lembangan Sungai Gurun di daerah Yan mencatat paras bahaya pada 3.75 meter (m), melebihi paras normal 1.20m.

Dua sungai iaitu Sungai Sintok di Universiti Utara Malaysia di daerah Kubang Pasu berada pada tahap amaran apabila mencatat 44.30m berbanding 42.00m paras normal, manakala Sungai Chepir di Kampung Ulu Jerai Namek, Sik, pula mencatat 43.73m (41.00m paras normal).

Sementara itu, lembangan dan sub-lembangan Sungai Melaka di Empangan Padang Saga, Langkawi pula mencapai paras waspada apabila mencatat 19.83m (19.50m normal); diikuti Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar (1.43m/1.30m); dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, juga di Kota Setar (1.65m/1.30m).

Di Pulau Pinang, Sungai Junjung di Simpang Empat, Seberang Perai Selatan, mencatat tahap bahaya apabila mencapai 4.00m berbanding 0.40m paras normal, manakala Kolam Sungai Dondang di Timur Laut pula pada tahap waspada (20.53m/19.50m).

Lima sungai di Johor pula melibatkan Sungai Skudai di Parit Keliling, Kampung Pasir, Johor Bahru yang merekodkan tahap amaran dengan paras 0.54m (-0.30M).

Empat lagi sungai di Johor yang mencatat tahap waspada ialah Sungai Mati di Pulau Penarik, Tangkak (1.18m/0.50m); Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur (3.23m/2.00m); Sungai Kesang di Telok Rimba (2.96m/2.20m); dan Sungai Sembrong di Batu 2 Sembrong, Batu Pahat (2.84m/2.10m).

Di Melaka, Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah pula berada pada tahap amaran apabila mencatat paras 1.83m berbanding 1.30 paras normal.

Dua lagi sungai mencatat tahap waspada ialah Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin (3.17m/2.20m); dan Sungai Duyong di Melaka Tengah (1.35m/0.25m).

Di Sarawak, sub-lembangan Sungai Tinjar di Long Tenu, miri berada pada paras amaran apabila merekodkan paras 7.74m berbanding 3.00m paras normal.

Dua lagi, lembangan Sungai Batang Suai di Kuala Tutong, Miri pada tahap waspada apabila mencatat 4.26m/1.20m, dan sub-lembangan Sungai Batang Baram di Marudi (2.92m/0.00m).

Di Negeri Sembilan pula Sungai Linggi di Pekan Linggi mencatat tahap waspada dengan paras air 2.50m berbanding 1.50m paras normal.

Sementara di Pahang melibatkan Sugai Luit di Kampung Subuh, Maran merekodkan tahap waspada dengan catatan 26.65m berbanding 24.00m paras normal.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Paras air melebihi tahap bahaya di 6 negeri, Selangor paling banyak – JPS
November 17, 2022· Isu semasa
Amaran banjir kilat 7 negeri dikeluarkan
November 8, 2022· Isu semasa
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor diramal hujan berterusan: MetMalaysia
November 7, 2022· Isu semasa
Sungai di Kedah paras bahaya, mangsa banjir meningkat di Baling
October 29, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,024 kes baharu, lapan kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
23 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
3,537 kes baharu, lapan kematian
November 24, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok