Paras air 18 sungai di enam negeri melebihi tahap waspada, amaran

October 24, 2022 · Isu semasa

Paras air di 18 sungai di enam negeri di seluruh Semenanjung, dan Sarawak sehingga jam 9.45 pagi ini (Isnin, 24 Oktober 2022) mencatat bacaan melebihi tahap amaran dan waspada, setelah melepasi paras normal.

Peningkatan aras air itu berlaku susulan hujan lebat dan ribut petir yang berlaku sejak pagi Ahad hingga malam tadi.

Menurut laman sesawang publicinfobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dikemas kini pagi ini, tujuh sungai di empat negeri – Negeri Sembilan; Melaka; Johor; dan Sarawak – mencatat bacaan melebihi paras amaran.

Manakala 11 sungai di Johor; Sarawak; Pahang; dan Kelantan, pula mencatat bacaan melebihi paras waspada.

Sungai yang mencatat paras amaran ialah:

  • Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol, Negeri Sembilan (32.78m/28.00m;
  • Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin, Melaka (3.29m/2.20m);
  • Sungai Melaka di Batu Hampar di Melaka Tengah (1.74m/1.30m);
  • Sungai. Muar di Kg. Awat, Segamat, Johor (19.39m/18.00m);
  • Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak (3.01m/2.20m);
  • Sungai Batang Rajang di Punan Bah B, Kapit, Sarawak (10.01m/5.37m); dan
  • Sungai Batang Baram di Long Teru, Miri (7.01m/3.00m).

Sungai yang mencatat bacaan melebihi paras waspada ialah:

  • Sungai Mati di Pulau Penarik, Tangkak, Johor (1.54m/0.50m);
  • Sungai Tangkak di Kg. Seri Makmur, Tangkak (3.43m/2.00m);
  • Sub-lembangan Sungai Bekok, lembangan Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok, Batu Pahat (17.25m/14.50m);
  • Sungai Batang Rajang di Kapit New Headworks, Kapit, Sarawak (12.28m/6.25m);
  • Sungai Batang Rajang di Durin Bazaar, Sibu (3.52m/2.50m);
  • Sungai Batang Rajang di Jabatan Laut , Sibu (2.52m/1.30m);
  • Sungai Batang Baram di Marudi, Miri (3.00m/0.00m);
  • Sungai Jempol di Ran Felda Jengka, Maran, Pahang (29.90m/27.40m);
  • Sungai Luit di Kg. Subuh, Maran (26.73m/24.00m);
  • Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan (3.26m/1.50m); dan
  • Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan (7.32m/5.00m).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Paras air melebihi tahap bahaya di 6 negeri, Selangor paling banyak – JPS
November 17, 2022· Isu semasa
Amaran banjir kilat 7 negeri dikeluarkan
November 8, 2022· Isu semasa
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor diramal hujan berterusan: MetMalaysia
November 7, 2022· Isu semasa
Sungai di Kedah paras bahaya, mangsa banjir meningkat di Baling
October 29, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
15 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
17 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022 · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok