
Dua belas sungai di enam negeri mencatat bacaan paras air melebihi tahap waspada, hari ini (14 Disember 2022).
Sungai Melaka di Padang Matsirat, Langkawi kekal mencatat bacaan melebihi tahap bahaya sehingga jam 2 pagi ini (17 Oktober 2022).
Menurut laman sesawang publicinfobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai itu mencatat bacaan 3.48 meter (m) iaitu melebihi paras normal 2.90m.
Empat lagi sungai di Kedah – Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap, Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar; Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar; dan Sungai Pendang di Pekan Pendang – kini mencatat tahap waspada.
Paras air yang dicatat di sungai berkenaan ialah 11.06m/9.80m; 2.20m/1.50m; 1.68m/1.30m; dan 2.47m/1.80m.
Sementara itu di Melaka, Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah mencatat tahap amaran apabila merekodkan bacaan 1.75m berbanding 1.30m paras normal, manakala Sungai Kesang di Telok Timba, Jasin pula mencatat tahap waspada dengan bacaan 3.12m/2.20m.
Di Johor, lima sungai mencatat tahap waspada dan amaran apabila masing-masing melepasi paras normal.
Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok, Batu Pahat mencatat tahap amaran apabila paras yang direkodkan ialah 17.81m berbanding 14.50m normal.
Empat lagi sungai pada tahap waspada ialah Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak (3.15m/2.00m); Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak (2.92m/2.20m); Sungai Sembrong di Parit Karjo, Batu Pahat (2.83m/2.10m); dan Sungai Skudai di Parit Keliling, Kampung Laut, Johor Bahru (0.19m/-0.30m).
Di Sarawak, sub-lembangan Sungai Tinjar di Long Teru, Miri mencatat tahap amaran dengan bacaan 7.49m, melebihi paras normal 3.00m. Manakala dua sungai lagi, Sungai Batang Rajang di stesen Jabatan Laut, Sibu mencatat tahap waspada (2.52m/1.30m), sementara stesen JPS di Bintulu Kastam Wharf (1.20m/0.50m).