Papan tanda jalan papar gambar ADUN DAP jadi bahan gurauan

September 11, 2021 · Isu semasa

Mungkin hanya ada di Malaysia sahaja apabila papan tanda jalan turut memaparkan gambar wakil rakyat di kawasan berkaitan. Habis sangat pun nama jalan ditulis sama ada dalam tulisan jawi atau Cina sahaja.

Namun, netizen media sosial yang pada awalnya terkejut, tetapi kemudian menjadikannya bahan gurauan ialah papan tanda yang dipasang di Taman Bukit Kepayang, di Seremban, Negeri Sembilan.

Kawasan taman itu menjadi tarikan ramai untuk mendaki ke puncak Bukit Kepayang. Justeri, disebabkan ketiadaan tempat meletak kenderaan, mereka memakir kereta masing-masing di tepi jalan.

Keadaan itu tidak digemari penduduk taman berkenaan, sebelum mereka membuat aduan kepada wakil rakyat kawasan itu – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan daripada parti DAP.

“Saya menerima aduan daripada penduduk Taman Bukit Kepayang mengenai kereta yang diparkir di sepanjang jalan di kawasan perumahan dan juga di sepanjang jalan utama yang menyebabkan kesulitan dan gangguan kepada mereka (penduduk).

“Oleh itu saya memasang papan kenyataan untuk menasihati pendaki agar tidak meletak kenderaan di sana dan memberi mereka tiga tempat letak kenderaan alternatif.

“Bagaimanapun, kami juga merancang untuk membuat beberapa tempat letak kenderaan berdekatan. sementara itu saya meminta para pendaki untuk bekerjasama dan meletak kenderaan di tempat alternatif,” kata Nicole dalam Facebooknya dengan turut memuat naik gambar papan kenyataan yang dipasang di tepi jalan di taman itu.

Cara wakil rakyat DAP ‘mengambil hati’ orang ramai khususnya pengundi mereka memang dipuji. Mereka pantas bertindak.

Namun, papan kenyataan tepi jalan yang dipasang itu agak janggal, sebelum menjadi bahan jenaka netizen. Ini kerana Nicole turut meletakkan gambarnya di sebelah tulisan peringatan itu.

Susulan tular dan menjadi bahan jenaka netizen, wakil rakyat DAP itu dikatakan sudah memadam gambar yang dimuat naik dalam Facebooknya.

Berita berkaitan
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022· Politik
Skandal LCS: DAP pula minta Najib jelaskan layanan istimewa kepada kontraktor
August 10, 2022· Isu semasa
DAP bakal mengadakan Kongres Khas, pinda perlembagaan lompat parti
August 3, 2022· Politik
Kit Siang patut berdiam dan bukan komen tentang orang lain
August 2, 2022· Rencana
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
2 jam lalu · Isu semasa
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
4 jam lalu · Isu semasa
Kementerian ambil tindakan segera insiden pelanggaran data iPay88
5 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
5 jam lalu · Isu semasa
Jumlah pesakit sembuh semalam mengatasi jangkitan baharu Covid
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok