Pantau SOP, elak penularan Covid-19

December 20, 2021 · Isu semasa

Sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, perkataan prosedur operasi standard (SOP) adalah kebiasaan termasuk dalam kalangan kanak-kanak. Malah, mereka sangat faham, SOP adalah peraturan yang perlu dipatuhi dengan pelitup muka, sanitasi tangan dan MySejahtera menjadi sebahagian daripadanya.

Amalan SOP kini juga menjadi norma baharu dalam kehidupan rakyat Malaysia. Jika diperhatikan, orang ramai akan sentiasa berwaspada dengan penjarakan sosial antara satu sama lain, sentiasa membasuh tangan dan menjaga kebersihan diri dengan mandi sebaik tiba di rumah selepas berkunjung ke tempat awam. Ini adalah perkara yang jarang kita lakukan sebelum penularan Covid-19.

Suatu ketika dahulu, kerap tersebar di media massa perihal masyarakat kita yang suka bersesak ketika membeli barangan atau ketika berada di tempat awam sehingga menyebabkan pergaduhan atau kerosakan harta benda. Malah, isu pembuangan sampah merata-rata juga seolah-olah sudah sebati dengan masyarakat kita.

Sikap tidak mengikut prosedur atau peraturan ini seharusnya diubah. Sifat ketamadunan yang tinggi ini boleh menjadikan masyarakat kita disegani di mata dunia dan Malaysia mampu menjadi negara maju dengan rakyat berminda kelas pertama hasil daripada pengamalan SOP.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM , Dr Malina Osman berkata, kebimbangan orang ramai masih wujud berhubung penularan Covid-19, ditambah lagi dengan kemunculan varian baharu Omicron.

“Sepanjang wabak, kita mempunyai SOP yang sangat komprehesif, dokumentasi dan cara perlu dilaksanakan. Tapi dalam realiti, perlu komitmen semua pihak di peringkat masyarakat dan juga pasukan pemantau dan penguatkuasaan.

“Kalau boleh anggota penguatkuasaan untuk pemantauan SOP itu dapat ditambah dan jangan benarkan aktiviti makan minum. Masyarakat kita sangat pemurah, kadang-kadang setiap kali orang datang, kita akan jamu minuman.

“Harap itu boleh ditambah larangan, bila ada makan minum, pasti buka pelitup muka, maka ruang penularan,” jelas Dr Malina.

Mengulas lanjut tentang SOP Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Dr Malina berkata, beliau mengharapkan agar mereka yang belum mendapatkan suntikan vaksinasi untuk melakukannya dengan segera termasuk dos penggalak.

“Memang perlu ambil vaksin bagi perlindungan. Saya syorkan semua berikan temu janji vaksin, tampil dapatkan vaksin (dan) kalau ditanya pasal vaksin, tidak ada peraturan wajibkan lengkap vaksin boleh undi sama seperti di Melaka.

“Namun dengan kehadiran varian Omicron, perlu pertimbangan wajar dalam tangani penangan wabak sebaik-baiknya,” jelasnya lagi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok