Pandu melulu, guna plat palsu: Kedi didenda RM16,000, penjara sebulan

May 30, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengenakan penjara sebulan dan denda RM16,000 terhadap seorang kedi golf yang memandu kereta secara melulu dan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu.

Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM8,000 selepas M Yuvarajan, 32, yang memakai baju lokap berwarna ungu mengaku bersalah memandu kereta jenis Perodua Myvi warna putih secara melulu, yang membahayakan pengguna jalan raya lain.

Mahkamah memerintahkan Yuvarajan menjalani hukuman penjara bermula hari ini selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun, lapor Bernama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000, dan maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun.

Fardiana Haryanti juga menjatuhkan hukuman denda RM8,000 ke atas Yuvarajan, kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu, mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesalahan itu boleh dihukum di bawah akta sama, yang membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), pada 5.30 petang, 7 Mei lalu.

Mahkamah turut memerintahkan Yuvarajan dipenjara empat bulan, jika gagal membayar denda berjumlah RM16,000 itu.

Yuvarajan yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan memandangkan dia menanggung isteri serta seorang anak, selain ketika kejadian dia bukan di bawah pengaruh alkohol manakala Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepadanya.

Kejadian itu tular di media sosial apabila video berdurasi 27 saat itu dimuat naik melalui laman sosial (FB) Inforoadblock, memaparkan sebuah Perodua Myvi membuat provokasi dan halangan terhadap pemandu kenderaan lain.

Berita berkaitan
Arahan keluar RM1 juta tak ikut prosedur, kata saksi kes Syed Saddiq
5 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah bebas Yasin daripada hukuman gantung, didakwa miliki kanabis
7 jam lalu· Isu semasa
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
23 jam lalu· Politik
Mahkamah tolak permohonan Zahid halang kenyataan Dr M terhadapnya
July 5, 2022· Politik
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
12 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
36 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
42 minit lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
53 minit lalu · Isu semasa
Gempa di Laut Andaman tak cetus tsunami di Malaysia
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok