Pandora Papers: BNM sedia bekerjasama kata Menteri Kewangan

October 11, 2021 · Isu semasa

Bank Negara (BNM) sedia bekerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang untuk memantau dan menyiasat dokumen terkandung di dalam Pandora Papers yang membabitkan individu di negara ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, BNM sebagai pihak berkuasa berwibawa sentiasa bersedia bekerjasama dan memanjangkan sokongan kepada agensi terbabit seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta yang berkaitan.

“Pemantauan berterusan, kalau ada mencurigakan, sentiasa dibuat agensi penguatkuasa undang-undang dan agensi pengawal selia Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Maka kalau ada sebarang isu yang timbul, inilah agensi yang bertanggungjawab. Kalau ada perkara yang perlu disiasat, BNM sentiasa sedia bekerjasama,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan RUU terbabit.

Anwar sebelum ini mengemukakan usul mendesak Dewan Rakyat membahaskan pendedahan dibuat Pandora Papers yang didakwa menyentuh individu berpengaruh di negara ini termasuk ahli politik.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok