Paksi bumi condong, matahari seperti terbit dari utara

June 20, 2021 · Isu semasa

Matahari masih terbit dari timur walaupun kelihatan seolah-olah ia muncul dari bahagian utara, kata Penolong Mufti Kanan, Bahagian Falak Jabatan Mufti Selangor, Hardi Sadali.

Beliau berkata kecondongan paksi bumi sebanyak 23.5 darjah ketika mengelilingi matahari menyebabkan matahari kelihatan seolah-olah terbit dari utara.

Katanya kecondongan paksi bumi itu menyebabkan berlakunya perubahan cuaca dan musim.

Memetik laporan Berita Harian Hardi berkata pada bulan ini, negara di bahagian utara bumi akan memasuki musim panas manakala negara di bahagian selatan akan memasuki musim sejuk.

“Matahari masih terbit dari timur seperti kebiasaannya cuma disebabkan ia tidak berlaku pada sudut tepat 90 darjah, maka menyebabkan matahari seolah-olah terbit dari arah utara.

“Pada ketika ini, matahari terbit dari timur pada sudut 66 atau 67 darjah dan ini menyebabkan ia condong ke arah utara. Mengikut arah mata angin, kedudukan matahari terbit kini ialah di bahagian Timur Laut.

“Fenomena matahari terbit di timur tetapi condong ke utara ini sudah berlaku sejak penghujung Mei tetapi baru disedari orang ramai beberapa minggu lalu menjelang kemuncaknya 21 Jun (esok),” katanya hari ini.

Isu matahari seperti terbit dari utara timbul berikutan tular rakaman video di Jeneponto, Sulawesi Selatan, Indonesia baru-baru ini.

Hardi berkata, selepas 21 Jun, arah terbit matahari akan mula ‘bergerak ke bawah’ semula dan berada pada garisan 0 darjah Khatulistiwa, iaitu kedudukan tepat arah timur pada sudut 90 darjah.

“Seterusnya matahari akan terbit condong ke arah Selatan dan kemuncaknya adalah pada 22 Disember. Keadaan ini menyebabkan negara di bahagian utara bumi mengalami musim sejuk manakala negara di bahagian selatan bumi mengalami musim panas.

“Bagi yang jarang memerhatikan pergerakan matahari, mungkin mereka akan menyangkakan seolah-olah matahari pada masa itu terbit dari selatan pula berbanding dakwaan ia terbit dari arah utara kini,” katanya.

Berita berkaitan
Laluan lebuh raya KL-Karak sesak lebih 15 kilometer petang ini
January 21, 2023· Isu semasa
Anggota polis antara dua maut nahas 4 kenderaan dekat Pagoh
September 14, 2022· Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
July 4, 2022· Isu semasa
Cuti sekolah: Lebuh raya mula sesak
June 4, 2022· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok