Pakar syor tutup semula sempadan bendung subvarian baharu Covid

January 11, 2023 · Isu semasa

Seorang pakar kesihatan hari ini (11 Januari 2023) meminta kerajaan mempertimbangkan untuk menutup semula pintu sempadan negara susulan penularan pantas beberapa subvarian baharu Covid-19 di beberapa negara, terutama dengan jangkaan kehadiran pelancong dari China dalam jumlah besar ke Malaysia.

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam Dr Hanafiah Bashirun juga berpendapat cadangan kerajaan memperketatkan saringan Covid-19 di pintu masuk sempadan negara tidak dijamin selamat dan negara perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sehingga memaksa penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini.

Untuk rekod, kes pertama Covid-19 (sebelum ini dikenali sebagai 2019-nCOV) dilaporkan di negara ini pada 25 Januari 2020, membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura, dua hari sebelumnya.

“Melakukan saringan Covid-19 ke atas pelancong luar adalah langkah kawalan sedia ada dan ia telah pun dibuat sebelum ini dan saya berpandangan ia perlu ada penambahbaikan.

“Menteri Kesihatan juga perlu uar-uarkan kepada orang awam apa solusi terbaik yang akan dilakukan Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan pelancong yang positif virus Covid-19 lolos masuk ke negara ini,” katanya menurut laporan Bernama.

Menurut Dr Hanafiah lagi, kerajaan seharusnya merangka mekanisme terbaik menangani penularan Covid-19 bagi menjamin keselamatan rakyat selain memastikan tidak berlakunya lonjakan kes sehingga mengakibatkan sekatan pergerakan sepertimana sebelum ini.

“Setakat ini, saya tidak nampak sebarang inisiatif terbaharu yang akan dibuat Kerajaan Perpaduan sekiranya kes naik mendadak susulan kewujudan pelbagai varian baharu Covid-19 di beberapa negara luar termasuk China.

“Pastinya rakyat tertunggu-tunggu apakah jaminan ditawarkan kerajaan sekiranya jumlah kes naik mendadak berpunca daripada kes import memandangkan mereka bimbang sekiranya terpaksa berdepan lagi dengan PKP, ” katanya.

Pada Rabu lepas (4 Januari), jemaah menteri memutuskan untuk tidak menguatkuasakan sekatan pelancong asing dari negara tertentu di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara dan susulan itu kerajaan akan memperketatkan kawalan sedia ada di pusat Imigresen.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Isnin (9 Januari), berkata SOP kemasukan pelancong asing di semua pintu masuk antarabangsa adalah kekal dan sebarang keputusan mengenai SOP baharu hanya akan dibuat berdasarkan data terkini Covid-19.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya tidak menjangkakan berlaku lonjakan kes baharu Covid-19 semasa musim perayaan ini.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman setelah sempadan negara dibuka semula pada 1 April 2022 iaitu pelbagai perayaan seperti Aidilfitri, Aidiladha dan Krismas telah dilalui serta rakyat Malaysia kembali dari tanah suci, malah ketika Pilihan Raya Umum Ke-15, tidak berlaku lonjakan kes.

“Pengalaman kita pada 1 April lepas, pada permulaan kita tidak yakin kes dapat dikawal dengan baik tapi ternyata tempoh masa lebih lapan bulan telah menunjukkan kes dapat dikawal dengan baik walaupun dah buka semua sempadan, semua sektor dan membenarkan semua perayaan dan perhimpunan,” katanya.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
Menteri sambut pelancong dari China gesa petugas imigresen ditambah di KLIA
January 24, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Popular
PM lantik anak jadi penasihat kanan
January 29, 2023
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
January 29, 2023
Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun
January 29, 2023
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
January 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes berprofil tinggi dikendalikan Sri Ram yang terkenal
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
5 jam lalu · Isu semasa
PM lantik anak jadi penasihat kanan
10 jam lalu · Isu semasa
Hujan lebat tahap bahaya dijangka landa Pahang, Johor dan Sabah hingga Isnin
11 jam lalu · Isu semasa
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok