Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew

September 28, 2022 · Isu semasa

Seorang saksi dalam perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah terkenal Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, menafikan di Mahkamah Majistret Tenom hari ini, bahawa dia dan pengasas sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bersubahat untuk merosakkan reputasi pendakwah itu.

Pakar motivasi Mohd Fairuz Abu, 37, berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh yang mewakili Ebit Lew.

Kepada cadangan peguam itu bahawa beliau dan Pengasas Multiracial Reverted Muslim (MRM) Firdaus Wong masih menghebahkan isu itu di media sosial, saksi pendakwaan pertama itu berkata dia tidak berbuat demikian, tetapi Firdaus yang melakukannya.

Ram: Saya nyatakan kepada anda sebagai fakta bahawa melalui isu di media sosial (kes Tenom) dan mengaturkan wanita itu (mangsa) ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis mengenai tertuduh, kamu dan Firdaus Wong berkomplot untuk merosakkan reputasi tertuduh.

Mohd Fairuz: Saya tidak setuju.

Ram: Saya nyatakan kepada anda hakikatnya, wanita itu tidak berniat untuk membuat laporan polis terhadap tertuduh.

Mohd Fairuz: Saya tidak setuju.

Ram: Saya nyatakan kepada anda, wanita itu hanya memutuskan untuk membuat laporan polis selepas perbualannya dengan kamu pada 26 Julai 2021.

Mohd Fairuz: Saya tidak pasti.

Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, Mohd Fairuz berkata beliau mengiringi wanita itu dan suaminya untuk membuat laporan polis di Bukit Aman sebagai tanda sokongan dan juga memberi keterangan kepada polis pada 7 Ogos 2021.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Pendakwah selebriti itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok. – Bernama

Berita berkaitan
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
Pegawai penyiasat 1MDB beri keterangan esok dalam kes pengubahan wang haram Najib
October 11, 2023· Isu semasa
SPRM beri tekanan kepada peguam Muhyiddin dan Bersatu, pejabat firma diserbu pagi tadi
October 6, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024
39 kematian semalam tertinggi tahun ini, kes aktif melonjak 217,782 
February 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok