Pakar kesihatan jangka varian baharu virus Covid-19 muncul 2022

March 31, 2021 · Isu semasa

Pakar kesihatan di seluruh dunia memberi amaran kelewatan memberi vaksin dan pembahagian yang tidak sama rata, bermakna suntikan tidak akan memberi kesan disebabkan Covid-19 yang bermutasi akan menghasilkan virus baharu tahun depan.

Seramai 77 saintis dari beberapa institusi pendidikan terkemuka di seluruh dunia, mengambil bahagian dalam satu tinjauan, dengan 30 peratus mencadangkan vaksin generasi kedua diperlukan, secepatnya dalam masa sembilan bulan, kecuali pengeluaran vaksin sedia ada diperbanyakkan dan diedar ke seluruh negara.

Hampir 90 peratus saintis berkata, lebih banyak vaksin yang menghalang perubahan virus dikehendaki di banyak negara, terutama negara sedang membangun.

Menurut People Vaccine Alliance (PVA) yang dianggotai oleh lebih 50 pertubuhan, hanya 10 peratus penduduk di negara miskin akan disuntik vaksin Covid-19 tahun depan.

Sehubungan itu, PVA meminta monopoli farmasi dihapuskan dan perkongsian teknologi dilaksanakan bagi meningkatkan bekalan vaksin.

“Lebih banyak virus itu beredar, semakin besar kemungkinan munculnya mutasi dan varian baharu, yang boleh menyebabkan vaksin sekarang tidak berkesan,” kata Profesor Kesihatan Awam Universiti Edinburgh, Devi Sridhar.

Katanya, sebagaimana diketahui bahawa virus tidak mempedulikan sempadan negara, maka suntikan vaksin mesti diberikan kepada seberapa ramai penduduk di mana sahaja di dunia ini dengan secepat mungkin.

Menurut tinjauan itu, 66 peratus penyelidik mengatakan manusia memiliki masa setahun atau kurang, sebelum virus bermutasi dan majoriti vaksin generasi pertama tidak akan berkesan.

Lapan belas peratus lagi mengatakan bahawa manusia mempunyai enam bulan atau kurang, dan 33 peratus meramalkan sekitar sembilan bulan. – Agensi

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Tak perlu SOP ketat dikenakan kepada pengembara China: Menteri Pelancongan
January 7, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
45 minit lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
49 minit lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
3 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
4 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
14 jam lalu
[VIDEO] Rekod banduan tetap ada walaupun diampunkan
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok