Pakar jangka harga barang naik 10%, tapi Rafizi hanya main data

January 1, 2023 · Isu semasa

Pakar ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai menjangkakan harga barangan dan makanan akan melonjak sehingga 10 peratus pada 2023 berdasarkan kepada unjuran kadar inflasi yang dijangka meningkat kepada enam hingga tujuh peratus.

Ini kerana, menurut data Jabatan Perangkaan, harga makanan dan minuman pada November meningkat pada kadar 7.3 peratus berbanding 7.1 peratus bulan sebelumnya, dengan kadar inflasi pada empat peratus disebabkan kenaikan harga makanan terutama berasaskan ayam dan tepung.

Bank Negara Malaysia (BNM) pula memaklumkan, inflasi dijangka kekal tinggi 2023 berikutan tekanan permintaan dan kos, harga komoditi global akibat konflik di Ukraine dan gangguan bekalan berlarutan yang ketika ini ditangani oleh kawalan harga dan subsidi.

Sementara, Kementerian Ekonomi diterajui Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli pula hanya berjanji untuk membangunkan ekosistem berasaskan data-data harga dari seluruh negara untuk menyuntik keanjalan harga dan bekalan sebagai salah satu usaha mengawal inflasi di masa akan datang.

Tidak ada apa yang dirancang Rafizi untuk membantu rakyat yang bakal berdepan masalah ekonomi tahun ini, sebaliknya dia hanya meminta rakyat tidak membeli barang jika mahal, termasuk mengurangkan makan ayam.

Namun, jika harga barang dan inflasi terus meningkat, ia akan memberi kesan besar kepada pengguna terutama golongan B40 yang mempunyai pendapatan kurang RM2,000 sebulan.

Dr Barjoyai menjelaskan, kuasa membeli pengguna dijangka semakin berkurangan dan ia perlu dita­ngani segera kerana ia memaksa pengguna kurang ber­belanja yang akan memperlahankan per­tumbuhan ekonomi.

Menurut beliau, ia boleh ditangani dengan memperkenalkan bantuan kewangan kepada golongan yang terkesan sebagai langkah jangka pendek menghadapi peningkatan harga dan inflasi.

“Apabila harga barang meningkat, pengguna tidak mampu lagi nak beli barang dengan harga yang sama. Jadi, kerajaan perlu memastikan pengguna terutama yang berpendapatan kurang RM2,000 ada cukup makanan atas meja mereka.

“Kerajaan perlu memikirkan soal perlindungan sosial, contohnya, memperkenalkan skim tambahan pendapatan dengan bantuan antara RM100 hingga ke RM1,000 misalnya dengan peruntukan lebih RM50 bilion. Ini boleh menampung pendapatan pengguna,” katanya menurut Mingguan Malaysia hari ini (1 Januari 2023).

Katanya, peruntukan itu juga amat penting kerana kenaikan inflasi akan menyebabkan kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan lebih tinggi pada masa akan datang.

“Pada 2019, kadar OPR adalah 3.5 peratus. Ketika ini kadar OPR pada 2.75 dan dianggarkan ia akan dinaikkan sehingga 3.25 peratus. Ini akan menjadi beban kepada peminjam terutama yang membuat pembiayaan konvensional akan berubah manakala permintaan kereta dan rumah akan menurun malah bayaran ansuran akan berkurangan,” katanya.

Oleh itu, katanya, kerajaan perlu mengambil tindakan segera supaya pengguna tidak terjejas teruk dengan kenaikan harga dan inflasi dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Ini kerajaan baharu tetapi mereka perlu segera melaksanakan dasar. Walaupun mereka perlukan masa untuk mengkaji, kerajaan perlu mempunyai matlamat jangka pendek untuk tangani isu ini dengan segera.

“Matlamat jangka pendek adalah menstabilkan harga dan memastikan barang sentiasa ada di pasaran. Matlamat jangka sederhana pula adalah menurunkan harga manakala matlamat jangka panjang adalah meningkatkan pendapatan pengguna, itu paling penting.

“Kalau kawal harga tapi pendapatan tak meningkat, pengguna akan kecewa kerana tak ada apa-apa perubahan terhadap kos sara hidupnya,” katanya.

Berita berkaitan
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
7 jam lalu· Isu semasa
Bekas isteri ahli perniagaan jual makanan tanggung tiga anak
February 2, 2023· Isu semasa
Rakyat bimbang kenaikan OPR berterusan
February 2, 2023· Isu semasa
Untung jadi anak papa, Wan Saiful tanya siapa lagi dilantik secara diam-diam?
January 31, 2023· Politik
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
February 7, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
7 jam lalu · Isu semasa
184 kes baharu, dua kematian
7 jam lalu · Isu semasa
Jumlah mangsa banjir lima negeri hingga tengah malam tadi turun
14 jam lalu · Isu semasa
Kes Ebit Lew: Saksi beritahu polis rampas telefon Firdaus Wong
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
6 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok