Pakai pelitup muka semula selepas makan, kata KJ

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi peringatan kepada orang ramai yang makan di restoran supaya memakai pelitup muka semula selepas makan. 

Katanya, pelitup muka hanya boleh ditanggalkan ketika makan sahaja dan selepas selesai, ia perlu dipakai semula.

“Dengan sopan ingin mengingatkan: Bila makan di kedai makan, pakai pelitup muka anda selepas habis makan.

“KKM Putrajaya melihat terlalu banyak contoh orang yang bercakap-cakap selepas makan tanpa memakai pelitup muka.

“Bila dah habis makan dan mahu sembang pascamakan, pakai semula pelitup muka,” ciapnya di Twitter, disertai tanda pagar #ReopeningSafely (buka semula secara selamat).

Makan di restoran dibenarkan bermula Ogos lalu untuk negeri Fasa 2 dan 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), sebelum dilonggarkan juga untuk negeri Fasa 1 tidak lama kemudian.

BERITA BERKAIT
POPULAR