Pakai face sheild jika ke tempat berisiko, hospital: KP Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan orang ramai memakai dua pelitup muka serentak serta face sheild jika pergi ke tempat-tempat berisiko, termasuk di hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, di tempat awam lain, orang ramai tidak perlu memakai dua pelitup muka serentak atau face sheild.

“Di tempat awam, orang ramai tidak perlu memakai dua pelitup muka, tetapi wajib memakai satu pelitup muka yang memenuhi piawaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga mengingatkan orang ramai bahawa jumlah kes positif di seluruh negara kini melebihi 500,00 kes.

“Tolong duduk di rumah dan elakkan mengunjungi rumah saudara mara ataupun sahabat handai bagi mengelakkan jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa virus Covid-19 menular dan menjangkiti seseorang individu apabila manusia bergerak dan berhimpun.

“Manusia bergerak, manusia berhimpun. Virus tidak berhimpun. Virus merebak dan berjangkit apabila manusia bergerak dan berhimpun. Jadi, bila kita duduk di rumah, kita telah kurangkan pergerakan dan ini akan membantu memutuskan rantaian jangkitan,” katanya.

Terdahulu beliau memaklumkan 6,320 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menjadikan kumulatif kes di Malaysia adalah sebanyak 505,115.

Dr Noor Hisham berkata, dalam tempoh itu 50 pesakit Covid-19 meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian meningkat kepada 2,199 kes atau 0.44 peratus.

Katanya, kes kematian tertinggi dicatatkan adalah di Selangor iaitu sebanyak 22 kes.

BERITA BERKAIT
POPULAR