Pahang negeri terbaharu rekodkan lebih 100,000 kes positif Covid-19

January 25, 2022 · Isu semasa

Pahang menyertai lima lagi negeri yang merekodkan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 melebihi 100,000 tetapi masih di bawah 200,000 kes, menurut statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Sejak awal 2020, kumulatif positif di negeri itu naik kepada 100,139 setelah 184 kes baharu direkodkan semalam, menurut statistik laman sesawang Covidnow kendalian KKM yang dikemas kini tengah malam tadi.

Angka itu menjadikan Pahang berada di tangga keenam selepas Negeri Sembilan yang mencatat 117,450 kumulatif kes positif; Perak (132,199); Pulau Pinang (165,809); Kedah (174,374); dan Kelantan (175,919 kes).

Sehingga semalam seramai 96,889 pesakit Covid-19 di negeri itu telah sembuh, 799 kes kematian; dan 2,451 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 1,496 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 819 ditempatkan di PKRC; 128 dimasukkan ke hospital; dan lapan pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk tiga daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga 23 Januari lalu, seramai 1,177,718 atau 70.2 peratus daripada populasi di negeri itu telah lengkap divaksinasi. Jumlah ini termasuk, 1,032,323 atau 87.8 peratus individu dewasa dan 145,395 atau 84.0 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Sementara 1,193,260 atau 71.1 peratus populasi lagi, termasuk 1,043,843 atau 88.8 peratus individu dewasa, dan 149,417 atau 86.3 peratus remaja, lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 27 daripada 386 kluster Covid-19 yang dikesan di Pahang setakat ini masih aktif dengan 10 daripadanya melibatkan kluster pendidikan; diikuti import (enam); masing-masing lima tempat kerja serta komuniti; dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Dari segi taburan kes mengikut kumpulan umur dalam tempoh minggu ini, sebanyak 25.0 peratus jangkitan Covid-19 melibatkan individu berusia 18 hingga 29 tahun, diikuti 18.4 peratus (30-39 tahun); dan 14.7 peratus (5-11 tahun).

Sebanyak 12.3 peratus jangkitan lagi membabitkan remaja berusia 12 hingga 17 tahun; 10.2 peratus (40-49 tahun); 6.1 peratus (50-59 tahun); 5.5 peratus (60-69 tahun); 4.5 peratus (0-4 tahun); 2.9 peratus (70-79 tahun); dan 0.4 peratus (80 tahun ke atas).

Dari segi taburan kes kematian di Pahang sejak seminggu lalu, 55.6 peratus melibatkan individu berusia 70 hingga 79 tahun; diikuti masing-masing 11.1 peratus bagi usia 30 hingga 39 tahun; 40 hingga 49 tahun; 50 hingga 59 tahun; dan 80 tahun ke atas.

Sementara itu, lima negeri kekal merekodkan jumlah kumulatif positif melebihi 200,000 melibatkan Selangor sebanyak 806,648 kes, diikuti Johor (254,461); Sarawak (252,709); Sabah (245,763); dan Kuala Lumpur (217,514).

Lima lagi negeri dan Wilayah Persekutuan masih di bawah 100,000 kes melibatkan Terengganu sebanyak 84,777 kes; diikuti Melaka (79,885); Labuan (11,033); Putrajaya (9,987); dan Perlis (7,492 kes).

Perbandingan kes berkaitan Covid-19 di Pahang dan negeri-negeri lain sehingga 24 Januari 2022.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok