Padah sebar berita palsu Covid-19, suri rumah dan guru tuisyen didakwa

June 2, 2021 · Isu semasa

Dua individu, seorang suri rumah di Perlis dan seorang guru tuisyen di Johor di Mahkamah Sesyen hari ini selepas menyebarkan berita palsu berhubung jangkitan Covid-19 dan vaksin virus.

Norjannah Rusli, 28, seorang suri rumah di Perlis didenda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen Kangar selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebarkan berita palsu berhubung wabak itu menggunakan perkhidmatan status WhatsApp dengan niat untuk menyebabkan ketakutan dan kebimbangan kepada orang awam.

Ibu kepada dua anak itu melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau, pada 10.31 pagi 18 April lepas.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Hakim Musyiri Peet menasihati wanita itu agar lebih bertanggungjawab ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Perlis Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan yang dibantu peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Siti Hajar Che Ahmad.

Pada 20 April lepas, Bernama melaporkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis membuat laporan polis berhubung maklumat tular di media sosial mendakwa sembilan pelajar di sebuah sekolah menengah disahkan positif Covid-19, yang mengundang rasa panik ibu bapa serta pelajar di sekolah seluruh negeri.

Sementara itu di Johor, seorang guru di pusat tuisyen Mohd Nazaruddin Yusoff, 50, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menerbitkan berita tidak benar berhubung kematian akibat vaksin COVID-19 menggunakan aplikasi Facebook menerusi profil “Mohd Nazaruddin Yusoff”.

Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat sama dan dituduh atas seksyen serupa.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian pada 11.50 pagi, 21 April lepas.

Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan Mohd Nazaruddin yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan PPN Johor Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman.

Berita berkaitan
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023· Isu semasa
Kes penipuan dalam talian meningkat di Johor, jumlah kerugian lebih RM71 juta
September 17, 2023· Isu semasa
Kalah tapi ada peningkatan undi, calon PN di Simpang Jeram berpuas hati keputusan
September 10, 2023· Politik
Akan ada latihan pengundi BN untuk mengundi PH dalam dua PRK: Zahid
August 27, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu
[VIDEO] MP DAP ‘celupar’ tafsir Al-Quran bukti kerajaan bawa fahaman liberal
September 23, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok