PAC syor adakan prosiding baharu membabitkan LCS

May 19, 2023 · Isu semasa

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan prosiding baharu berhubung kapal tempur pesisir (LCS) kontroversi diadakan pada persidangan Parlimen ke-15 yang dijadualkan bermula Isnin ini.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata prosiding itu dicadangkan diadakan sejurus pelantikan ahli PAC diluluskan Dewan Rakyat.

Kata Mas Ermieyati, PAC dijangka mengadakan prosiding tersebut di Limbungan Kapal Boustead Naval Shipyard (BNS) dan diikuti lawatan kerja bagi memantau kemajuan pembinaan kapal berkenaan.

“Saya juga akan mencadangkan PAC mengeluarkan laporan baharu untuk dibentangkan ke Parlimen selepas laporan kemajuan dibentangkan setiap tiga bulan.

“Ini kerana antara syor PAC dalam laporan sebelum ini menyatakan Kementerian Pertahanan perlu membentangkan laporan kemajuan pembinaan kapal LCS kepada jawatankuasa berkenaan setiap tiga bulan.

“Saya mengambil maklum, PAC Parlimen penggal Ke-14 sudah membentangkan Laporan Perolehan Kapal LCS pada 4 Ogos 2022. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan sudah membentangkan maklum balas terhadap tujuh syor dikemukakan PAC Parlimen penggal Ke-14, pada 5 Oktober 2022,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Isu kapal LCS mendapat perhatian susulan pendedahan PAC iaitu tiada satu kapal pun yang berjaya disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek tersebut,yang dikurniakan kepada BNS melalui tender terbuka.

Ketika awal pendedahan laporan PAC, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sekarang ini Menteri Ekonomi secara terbuka mengaitkan beberapa nama individu dalam skandal penyelewengan terbesar selepas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara nama dikaitkannya ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kini Timbalan Perdana Menteri); bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kini di dalam penjara); dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Ahli Parlimen Sembrong).

Ketiga-tiga individu merupakan pemimpin kanan dalam UMNO dan pernah memegang portfolio Kementerian Pertahanan.

Rafizi mendakwa ratusan juta wang dalam projek tersebut hilang dan lesap akibat penyelewengan yang berlaku.

Malah, Rafizi juga memberi amaran kepada Najib supaya tidak berpura-pura tidak tahu berhubung skandal LCS kerana waktu itu beliau merupakan Perdana Menteri ketika kerajaan menandatangani perjanjian bagi projek LCS bersama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) pada 2011 serta merupakan satu-satunya pihak yang berkuasa mempengaruhi penukaran reka bentuk kapal tersebut daripada keperluan tentera laut.

Berita berkaitan
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023· Isu semasa
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023· Isu semasa
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
5 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
1 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok