PAC persoal laporan bercanggah Mindef, BHIC isu kapal LCS TLDM

October 6, 2022 · Isu semasa

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah meminta Kementerian Pertahanan (Mindef) mendapatkan penjelasan penuh daripada Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), syarikat yang diberikan kontrak kerajaan untuk membina enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata ketika ini terdapat dua kenyataan bercanggah oleh BHIC dan Mindef mengenai projek LCS dan terdapat bahagian yang telah disunting dalam laporan audit forensik mengenai perjanjian perolehan yang diterima sebelum ini.

“Pada sesi sebelum ini, BHIC menjelaskan syarikat menerima laporan forensik yang telah disunting daripada Mindef sebelum diserahkan kepada sekretariat PAC untuk dimuat naik di laman web PAC.

“Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz semalam, telah menyatakan kepada PAC bahawa Mindef tidak pernah menerima laporan daripada BHIC dan tidak terlibat dalam sebahagian redaksi laporan forensik.

“Jadi, ada dua kenyataan yang bercanggah antara kementerian dan BHIS.

“PAC dengan ini meminta Mindef mendapatkan penjelasan daripada BHIC dan mengemukakan ulasan kepada PAC mengenai apa yang sebenarnya berlaku,” kata Wong pada sidang media di Parlimen hari ini (6 Oktober 2022) selepas mempengerusikan sesi PAC.

Prosiding selama dua jam semalam adalah bagi pembentangan tindakan yang diambil terhadap tujuh syor yang dinyatakan dalam Laporan PAC berhubung perolehan LCS.

Ia turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan, Datin Rashidah Mohd Sies dan wakil Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Laporan Pengauditan Forensik Kapal LCS oleh BHIC, syarikat pembina LCS, dinyahklasifikasikan pada Ogos lalu, namun terdapat bahagian yang dipadam atau dihitamkan dalam laporan itu.

Selain itu, Laporan Pengauditan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan turut berdepan isu sama.

Justeru, Kah Woh berkata, PAC meminta Kementerian Pertahanan mendapatkan penjelasan daripada BHIC dan mengemukakan ulasan kepada jawatankuasa itu mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

“PAC mahu mengetahui sama ada BHIC pernah menyerahkan sesalinan laporan forensik penuh kepada kementerian dan (jika ada), siapa yang mengarahkan sebahagian pemadaman itu.

“Mengenai Laporan JKSTUPKK yang ada sebahagian maklumatnya juga dipadam, kita difahamkan ia adalah atas nasihat Jabatan Peguam Negara, yang merangkumi nama pemegang saham dan pengarah syarikat serta bank yang memberi pinjaman atau kemudahan kewangan.

“PAC berpandangan, khasnya mengenai maklumat nama pengarah dan pemegang saham, ia adalah maklumat terbuka yang boleh dibeli daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM), justeru tiada keperluan untuk memadamnya,” katanya.

Kah Woh berkata, PAC juga tidak berpuas hati dan tidak menerima penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara mengenai alasan keperluan pemadaman itu.

“PAC menegaskan syor jawatankuasa ini supaya laporan berkenaan dinyahklasifikasi sepenuhnya dan Kabinet harus memberikan arahan sedemikian,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Isu rasuah skandal kapal tak siap bakal senyap selepas UMNO bersama PH?
November 30, 2022· Politik
PM gesa guna isu buku Tommy Thomas sebagai peluru untuk serang
October 18, 2022· Isu semasa
Surat tuntutan daripada peguam Latiff dihantar kepada juruaudit projek LCS
September 9, 2022· Isu semasa
SPRM masih siasat dakwaan penglibatan bekas Timbalan Menteri dalam skandal LCS
September 9, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
7 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
12 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok