PAC kumpul maklumat projek OPV Maritim Malaysia tak siap: Laporan

September 17, 2022 · Isu semasa

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dilaporkan sedang mengumpul maklumat berhubung projek pembinaan tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Ahli Jawatankuasa PAC Ahmad Hassan berkata badan dwipartisan Parlimen itu dijangka mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan keperluan me­nyiasat isu OPV berkenaan.

“PAC kini sedang mengumpul maklumat berhubung kes itu kerana difahamkan turut berdepan masalah sama seperti projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“PAC akan mengadakan mesyuarat dan sekarang kita kumpul maklumat terlebih dahulu bagi membolehkan kita menentukan sama ada terdapat keperluan untuk menjalankan siasatan ke atas pihak berkaitan pembinaan OPV atau sebaliknya. Penelitian juga akan dibuat secara menyeluruh.

“Ketika ini, PAC masih belum menjalankan sebarang siasatan secara rasmi membabitkan isu kelewatan projek berkenaan namun, kita akan lihat dan bincang secara bersama dalam mesyuarat nanti. Kita juga akan menilai keperluan untuk menyiasat kerana ketika ini masa semakin suntuk proses siasatan.

“Saya cakap begitu kerana khuatir siasatan akan terhenti di tengah jalan sekiranya Parlimen dibubarkan. Jadi kita kena tengok perkara ini dan jika pihak lain yang dilantik menjadi ahli PAC selepas ini, saya harap siasatan dapat diteruskan sehingga selesai jika kita mulakan sekarang,” katanya menurut laporan Utusan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sama ada PAC akan melakukan siasatan selepas diberikan ruang sepenuhnya untuk menyiasat isu pembinaan tiga buah OPV milik Maritim Malaysia menimbulkan kebimbangan projek itu berdepan masalah sama seperti projek LCS milik TLDM.

Maritim Malaysia dalam kenyataan pada 13 September memaklumkan tiga OPV yang sepatutnya diterima agensi itu pada 2020 masih dalam pembinaan.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dalam kenyataan sama berkata kapal OPV itu sedang dibina oleh syarikat tempatan iaitu THHE Destini Sdn Bhd yang terletak di Pulau Indah, Selangor.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa mempunyai bukti berhubung skandal OPV itu.

Media melaporkan, TH Heavy Engineering Bhd (THHE) bertanggungjawab untuk pembekalan, penghantaran, ujian dan pentauliahan OPV kerana ia telah dianugerahkan kontrak bernilai RM739.9 juta untuk projek itu pada 2017, sedangkan mereka tidak mempunyai kepakaran dalam pembinaan kapal.

Mujahid juga sebelum ini mendakwa bahawa sebuah syarikat di mana THHE mempunyai usaha sama bagi memenuhi keperluan kontrak – Destini Sdn Bhd – dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN).

Destini telah meninggalkan projek OPV pada 2021, menyebabkan THHE terpaksa membeli semula 51 peratus saham daripada mereka.

Pada 3 September lalu, Tabung Haji berkata kepentingan agensi itu dalam TH Heavy Engineering Bhd (THHE) telah diambil alih sepenuhnya oleh anak syarikat Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), pada 2018.

Berita berkaitan
Selepas Vincent Tan, MB Selangor pula hantar surat tuntutan kepada Sanusi
August 10, 2023· Politik
Kerajaan PN baharu akan dedah fail sulit skandal tanah RM10 bilion di Selangor: Chegubard
August 7, 2023· Politik
Mana Adam Adli dulu yang berani lawan rasuah? soal Syed Saddiq
July 4, 2023· Politik
Anwar ‘bakul sampahkan’ agenda reformasi institusi : MUDA
June 27, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok