PAC gesa dokumen laporan audit LCS dikeluarkan secara penuh

August 11, 2022 · Isu semasa

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menyahklasifikasi laporan audit forensik kapal tempur pesisir pantai (LCS) 2019 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tetapi menegaskan dokumen itu hendaklah dikeluarkan secara keseluruhannya.

Pengerusinya Wong Kah Woh berkata keputusan menyahklasifikasi laporan audit forensik LCS dan pengumuman bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyegerakan siasatan, adalah konsisten dengan saranan PAC.

“PAC ingin mengingatkan kerajaan dan menegaskan bahawa penyahklasifikasian mestilah lengkap, dan bukan seperti dalam laporan Jawatankuasa Tadbir Urus, Perolehan dan Siasatan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) untuk Projek AES di mana banyak bahagian telah disunting atas nama ‘melindungi kepentingan kerajaan’,” katanya merujuk kepada Sistem Penguatkuasaan Automatik.

Wong juga berkata keputusan Kabinet juga menunjukkan kepentingan kerja PAC dalam memastikan penggunaan dana pembayar cukai yang betul dalam perbelanjaan kerajaan.

Semalam, Kabinet memutuskan untuk menggesa SPRM menyegerakan siasatan terhadap kontrak perolehan enam kapal LCS TLDM yang gagal disiapkan sejak lebih sembilan tahun lalu, walaupun kerajaan telah membayar RM6 bilion kepada kontraktor yang dilantik untuk membinanya, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS)

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada masa sama berkata Kabinet juga bersetuju supaya laporan audit forensik LCS itu, disiarkan kepada umum.

Pada Khamis (4 Ogos lalu) Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan laporan setebal 247 muka surat berhubung LCS dan antaranya terma-terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada kerajaan apabila pembayaran projek LCS berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar.

Menurut laporan itu, pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek LCS.

Projek itu telah diluluskan pada 2011 semasa era pentadbiran Barisan Nasional-UMNO, ketika itu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Sebelum ini, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menjelaskan bayaran RM6 bilion yang dibuat kerajaan kepada kontraktor projek LCS itu bertujuan membeli peralatan membina enam kapal berkenaan.

Ketua Eksekutif LTAT Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman berkata ini kerana pembelian secara pukal untuk peralatan enam kapal itu akan jauh lebih murah.

Bagaimanapun, kenyataan beliau disanggah bekas Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.

Ahli Parlimen DAP itu menyifatkan kenyataan Ahmad Nazim sebagai mengejutkan dan mencadangkan beliau meletakkan jawatannya serta menyertai politik jika mahu menjadi “ahli politik seperti Datuk Seri Najib Razak.”

Liew mempertikaikan dakwaan Ahmad Nazim bahawa badan kapal LCS yang telah siap dapat dilihat dalam perjalanan ke Pulau Pangkor serta kenyataan mengenai pembelian peralatan secara pesanan pukal, dan pembayaran balik hutang.

“Apa gunanya mempunyai rangka atau badan yang besar tanpa pendawaian, senjata dan peralatan? Malangnya, reka bentuk LCS terperinci yang sepatutnya siap pada November 2016 kekal kira-kira 80 peratus sekarang pada 2022.

“Membina kapal perang bukan seperti membuat kapal Lego,” katanya.

Berita berkaitan
Surat tuntutan daripada peguam Latiff dihantar kepada juruaudit projek LCS
September 9, 2022· Isu semasa
SPRM masih siasat dakwaan penglibatan bekas Timbalan Menteri dalam skandal LCS
September 9, 2022· Isu semasa
Pendakwaan tutup kes Najib pinda laporan audit 1MDB selepas tiga tahun bicara
September 7, 2022· Isu semasa
Telefon Rafizi dirampas semasa memberi keterangan polis
September 3, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
10 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
10 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
11 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
11 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
12 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok