PAC gesa audit forensik lanjutan dibuat terhadap skandal LCS

August 23, 2022 · Isu semasa

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta Kabinet membuat beberapa ketetapan pada Mesyuarat Kabinet akan datang susulan Laporan Pengauditan Forensik berkaitan program kapal tempur pesisir (LCS) yang dinyahklasifikasikan malam ini.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam satu kenyataan meminta supaya pengauditan forensik lanjut dilaksanakan oleh Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) ke atas projek LCS bagi melengkapi segala transaksi dan aktiviti berkenaan dengan pelaksanaan projek dan Surat Anugerah (LOA) dari 2015 sehingga kini.

“Walaupun kebanyakan LOA dikeluarkan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dalam tempoh tersebut, namun pelaksanaannya adalah sekurang-kurangnya sehingga 2018.

“Laporan mendapati selagi kesemua transaksi dan aktiviti berkenaan dengan pelaksaannya sehingga 2018 belum disiasat dengan mendalam, berkemungkinan fakta-fakta penting untuk pembuktian kelakuan jenayah akan ditinggalkan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berkenaan enam buah projek kapal peronda generasi baru (NGPV), Integrated Logistics Support dan Commercial Package Programme oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga harus dinyahklasifikasikan.

Katanya, ini memandangkan timbulnya isu penggunaan wang peruntukan LCS untuk pembayaran hutang lapuk NGPV oleh BNS.

Skandal LCS tercetus susulan pendedahan PAC pada 4 Ogos lalu, dua tahun selepas memulakan siasatan terhadap kontrak bernilai RM9.13 bilion.

PAC – badan dwipartisan di Parlimen – berkata projek membina enam kapal itu telah dianugerahkan oleh Kementerian Pertahanan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) melalui rundingan terus, dan kerajaan telah membayar RM6.08 bilion atau 66.65 peratus daripada kos setakat ini.

Bagaimanapun, tiada satu pun kapal LCS telah dihantar. Mengikut garis masa PAC, lima kapal LCS sepatutnya telah siap dan diserahkan kepada kerajaan menjelang Ogos 2022.

Susulan itu, kerajaan bertindak menyahklasifikasi dokumen berhubung perolehan LCS dan terbukti terdapat nama pemimpin-pemimpin UMNO yang terlibat secara langsung dalam mengatur projek kapal itu.

Zahid yang juga Presiden UMNO didedahkan dalam dokumen itu menandatangani dalam satu surat yang menyokong perolehan itu diberikan kepada kontraktor pilihannya walaupun pada awalnya menafikan terlibat dalam meluluskan projek tersebut.

Untuk rekod, pemberian kontrak pembekalan enam kapal LCS itu diberikan ketika Barisan Nasional dan UMNO memerintah iaitu bermula dengan surat anugerah pada 2011 disusuli penyerahan kontrak kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) pada 2014.

Berita berkaitan
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Letak diri ditempat rakyat bukan formula semata-mata, Hisham tegur menteri
October 26, 2023· Politik
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
Kumpulan pemerhati rasuah gesa dedah perjanjian tambahan LCS
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
24 minit lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
27 minit lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
31 minit lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
34 minit lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok