PAC cadang MAMPU ambil alih MySejahtera, daftar harta intelek

October 4, 2022 · Isu semasa

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan, melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), mengambil alih aplikasi MySejahtera sepenuhnya.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh pengambilalihan pembangunan dan pengoperasian aplikasi MySejahtera boleh dilaksanakan oleh MAMPU yang mempunyai kepakaran dan keupayaan sebagai satu Jabatan Teknikal ICT Kerajaan.

Sehubungan itu, PAC dalam laporannya berhubung MySejahtera membuat beberapa cadangan kepada kerajaan untuk dilaksanakan sebagai langkah penambahbaikan aplikasi itu.

Untuk rekod, kerajaan memperkenalkan MySejahtera dalam usaha memberi perkhidmatan kesihatan, khususnya berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), susulan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia pada penghujung 2019.

Dalam kenyataan hari ini, PAC mencadangkan antaranya iaitu kerajaan perlu menyemak semula kewajaran pemberian kontrak aplikasi MySejahtera secara rundingan terus yang dibuat melalui Keputusan Jemaah Menteri bertarikh 26 November 2021.

Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil pendekatan yang lebih berhemat dalam segala proses perolehan. Segala tawaran melalui konsep tanggungjawab sosial korporat (CSR) adalah dialu-alukan.

Bagaimanapun, terma-terma berkenaan dengan tawaran CSR harus dinyatakan dengan jelas dan tidak boleh dijadikan sebagai jalan alternatif untuk rundingan terus. Garis panduan hendaklah diwujudkan untuk tadbir urus tawaran CSR.

Kerajaan juga perlu memastikan pemilikan penuh ke atas aplikasi MySejahtera. Kerajaan perlu menjamin keselamatan data peribadi pengguna dalam aplikasi MySejahtera dan memastikan data berkenaan tidak disalah guna oleh mana-mana pihak.

PAC juga mencadangkan kerajaan meneruskan usaha untuk menjadikan aplikasi MySejahtera sebagai alat pengurusan kesihatan awam negara selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan.

Kerajaan telah memberikan jaminan bahawa data dalam aplikasi MySejahtera adalah selamat dan tidak akan disalahguna. Kerajaan menegaskan ia adalah pemilik aplikasi MySejahtera, namun syarikat pembangun aplikasi MySejahtera iaitu KPISoft (Entomo) telah didapati membuat perakuan bahawa ia pemilik harta intelek aplikasi MySejahtera.

Keputusan Jemaah Menteri yang merujuk supaya pihak kerajaan mengambil alih pemilikan aplikasi MySejahtera daripada pembangun aplikasi menunjukkan aplikasi tersebut secara prinsipnya masih dimiliki oleh pembangun aplikasi.

Setakat April 2022, Kerajaan didapati masih belum mendaftarkan harta intelek (IP) bagi aplikasi MySejahtera di MyIPO yang boleh menyebabkan aplikasi ini dituntut pemilikannya oleh pembangun aplikasi.

Selaun itu, Wong juga berkata PAC mendapati pelantikan KPISoft (Entomo) sebagai pembangun aplikasi MySejahtera pada Mac 2020 adalah tidak teratur serta tidak berlandaskan prosedur atau tatacara perolehan kerajaan.

Menurutnya tiada sebarang minit ataupun dokumen sokongan yang wujud berkenaan dengan pelantikan berkenaan, kecuali satu-satunya dokumen adalah Dokumen Perjanjian Kerahsiaan (NDA) yang ditandatangani antara Majlis Keselamatan Negara (bagi pihak Kerajaan) dengan KPISoft.

Dapatan itu adalah sebahagian lapan rumusan PAC hasil daripada dua prosiding yang dijalankan berhubung pengambilalihan MySejahtera iaitu pada 14 April dan 21 April 2022 yang mana antara saksi dipanggil ialah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

PAC membentangkan Laporan Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera di bawah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri di Parlimen, hari ini.

Menurutnya CSR yang dicadangkan oleh KPISoft (Entomo) telah menyebabkan kerajaan tidak jelas akan hala tuju sebenar perolehan aplikasi MySejahtera. Kerajaan adalah keliru dari segi pelantikan KPISoft, konsep CSR dan tempohnya serta pemilikan aplikasi MySejahtera.

Konsep CSR dilihat telah digunakan sebagai mekanisme untuk mendapatkan projek kerajaan tanpa melalui prosedur perolehan yang sepatutnya. Tidak ada dokumen yang menyatakan CSR ini adalah bertempoh satu tahun.

Kerajaan seolah-olah tidak mempunyai pilihan (terikat) dan terpaksa membuat keputusan untuk melantik MySJ Sdn Bhd secara rundingan terus. Pembangunan dan penggunaan berterusan aplikasi MySejahtera sepatutnya kekal bersifat CSR.

Syarikat pembangun aplikasi MySejahtera pernah mencadangkan agar aplikasi ini dikomersialkan. Ini menunjukkan potensi aplikasi MySejahtera sebagai satu aplikasi nasional yang amat bernilai. Keputusan Kerajaan menolak cadangan berkenaan adalah wajar demi memastikan keselamatan data peribadi pengguna aplikasi dilindungi.

Orang ramai yang berminat untuk membaca dan meneliti laporan itu boleh memperolehinya menerusi laman web PAC di alamat www.parlimen.gov.my/pac.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
December 2, 2022· Politik
Isu rasuah skandal kapal tak siap bakal senyap selepas UMNO bersama PH?
November 30, 2022· Politik
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
15 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
17 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022 · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok