PAC arah perolehan, perbelanjaan kesihatan ketika Covid-19 diaudit

May 27, 2022 · Isu semasa

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan khas terhadap perolehan dan perbelanjaan kerajaan bagi perkhidmatan perubatan ketika wabak Covid-19.

Arahan itu susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan beberapa pembelian yang melibatkan sektor perkhidmatan kesihatan negara ini ketika pandemik Covid-19 melanda, terpalit dengan rasuah.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pengauditan khas itu harus disegerakan dengan dapatan dan hasil dibentangkan supaya PAC dapat mengenal pasti wujud unsur penyelewengan, pemborosan dan penyalahgunaan kuasa dalam perolehan perkhidmatan berkenaan.

“PAC memandang serius kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada 24 Mei lalu bahawa agensi penguat kuasa berkenaan sedang menjalankan siasatan terhadap perolehan perkhidmatan perubatan; penyalahgunaan kuasa dalam mengalihkan bantuan serta pakej rangsangan yang diberikan kerajaan.

“Sebagai sebuah Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat yang mempunyai mandat untuk memeriksa perbelanjaan kerajaan supaya ia mematuhi undang-undang, peraturan kewangan kerajaan yang berkuat kuasa, syarat kontrak dan pembayaran dilaksanakan dengan teratur, PAC tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya dengan pengauditan khas yang dinyatakan di atas, PAC akan menggunakan punca kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)(d) dan Peraturan Mesyuarat 77(5) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Seksyen III, Perkara 11 (b), Pekeliling Am No. 2 (1982) untuk memanggil Kementerian Kewangan, SPRM serta kementerian atau agensi yang terbabit memberikan taklimat dan penjelasan.

Selasa lalu Azam mendedahkan ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk membuat wang haram dalam pada orang ramai berdepan dengan kesakitan.

Beliau berkata, banyak negara menghulurkan bantuan ekonomi dan membuat pembelian perubatan peralatan atau perubatan melalui tabung kecemasan.

Bagaimanapun apa yang menyedihkan, walaupun pandemik dan negara dalam keadaan kecemasan, beberapa pembelian ini terpalit dengan kes rasuah.

Berita berkaitan: Ada kes rasuah libatkan pembelian peralatan berkaitan Covid-19: SPRM

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok