Oxford Economics, ICAEW ramal pertumbuhan negara 6.5 peratus 2022

June 9, 2021 · Isu semasa

Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) meramalkan pertumbuhan ekonomi negara berkembang kepada 6.5 peratus tahun depan berikutan negara menuju lebih dekat kepada imuniti kelompok dan pemulihan yang lebih selaras di semua sektor.

Memetik unjuran ekonomi terbaharu Oxford Economics, negara-negara Asia Tenggara akan terus mengalami peningkatan pemulihan yang berbeza pada 2021, dipacu kemampuan masing-masing untuk membendung gelombang baharu jangkitan Covid-19 dan kejayaan mereka dalam pemerolehan dan pengedaran vaksin.

“Ketidakpastian masih kekal memandangkan kadar pemulihan akan bergantung kepada kemajuan pelaksanaan vaksin dan sama ada kemungkinan yang masih tinggi untuk melaksanakan sekatan pergerakan selanjutnya dalam masa yang terdekat ini.

“Bagaimanapun, prospek pertumbuhan serantau bagi Asia Tenggara dalam jangka sederhana dan panjang kekal optimis,” menurut laporan itu.

Namun dengan kira-kira 60 peratus daripada penduduk Malaysia dijangka divaksin sepenuhnya menjelang akhir tahun ini ICAEW menjangkakan ia akan membolehkan lebih banyak kelonggaran kekal terhadap sekatan dan meningkatkan perkhidmatan dan perbelanjaan sosial.

Sehubungan itu, ICAEW yang mengesahkan laporan terbaharu Oxford Economics itu juga menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 5.3 peratus menjelang akhir 2021 susulan peningkatan jumlah penerima vaksin Covid-19.

Oxford Economics adalah peneraju dalam melakukan analisis kuantitatif global, dengan satu-satunya model ekonomi bersepadu dunia disertai 250 pakar ekonomi sepenuh masa.

“Seperti semua negara ASEAN lain, laporan itu meramalkan Malaysia akan menyaksikan pertumbuhan KDNK yang lebih banyak pada separuh kedua 2021 berbanding purata pertumbuhan KDNK sebelum Covid-19 daripada 2011 hingga 2019, ” kata ICAEW.

Dalam kenyataan hari ini ICAEW berkata bagi Asia Tenggara, Oxford Economics meramalkan KDNK akan meningkat semula dengan kukuh kepada 4.8 peratus pada 2021 selepas merosot 4.1 peratus pada 2020.

Laporan itu berkata peningkatan berkenaan dijangka berikutan penambahbaikan dalam aktiviti-aktiviti perdagangan global, dasar makro akomodatif, sokongan fiskal kerajaan yang berterusan dan kadar faedah rendah di seluruh rantau ini.

Pertumbuhan KDNK yang berturutan dijangka lemah pada suku kedua berbanding suku pertama di kebanyakan negara di rantau ini berikutan sekatan yang lebih tegas telah menjejaskan sektor-sektor yang tidak lagi kukuh selepas menerima kesan negatif daripada langkah penjarakan sosial atau perbelanjaan sosial isi rumah yang lebih rendah, kata laporan itu.

Di sebalik cabaran sedemikian, laporan itu memaklumkan, dasar makroekonomi yang akomodatif dan lonjakan perdagangan dunia menandakan sebahagian besar Asia Tenggara masih merekodkan angka pertumbuhan KDNK yang mengagumkan pada tahun ini.

Kelonggaran sekatan pergerakan yang dijangka berlaku pada Jun dan Julai di kebanyakan negara, berkemungkinan memudahkan peningkatan ekonomi untuk separuh kedua tahun ini.

Selain Filipina dan Thailand, kebanyakan negara Asia Tenggara dijangka kembali kepada tahap pertumbuhan seperti sebelum pandemik pada tahun ini dengan Singapura dan Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK antara dua dan 2.5 peratus pada 2021, melebihi paras sebelum pandemik.

Sekatan pergerakan yang terbaharu di Singapura, Vietnam dan Malaysia menandakan perbelanjaan isi rumah telah berkurangan pada suku kedua 2021.

“Bagaimanapun, ia tidak mungkin merosot ketara berikutan isi rumah dan perniagaan dilengkapi dengan pendigitalan yang lebih baik untuk membolehkan mereka bekerja dan membeli-belah secara jarak jauh.

“Kerajaan turut menggunakan lebih banyak langkah bersasar berbanding sekatan pergerakan di seluruh negara yang telah mengurangkan gangguan,” menurut laporan berkenaan.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KKM, MOSTI diberi kuasa muktamadkan perolehan vaksin, kata Zafrul
July 28, 2021
[KEMAS KINI] Kes sembuh hampir sejuta
August 6, 2021
Kes harian Covid-19 turun sedikit, 7,420 kes baharu direkodkan
October 15, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok