Orang ramai disaran berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas

May 16, 2022 · Isu semasa

Berikutan peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada mengalami strok haba.

Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, beliau mencadangkan orang ramai supaya sentiasa meminum air yang mencukupi, mengelak daripada melakukan senaman yang sukar dan tidak perlu, berada di kawasan yang lebih nyaman dan redup selain daripada memantau simptom keletihan kerana kepanasan dan strok haba, lapor Bernama.

Dalam hantaran itu, Dr Noor Hisham juga berkongsi langkah yang boleh diambil jika didapati ada simptom keletihan dan strok haba termasuk berada di kawasan yang lebih sejuk atau dilengkapi penyaman udara dan mandi air sejuk atau gunakan jaram sejuk.

Beliau juga berkongsi sebuah poster mengenai kuantiti air yang diperlukan tubuh manusia ketika peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas berasaskan berat badan seseorang daripada 45 kilogram (kg) yang memerlukan 1.9 liter air kepada 90 kg yang memerlukan 3.9 liter air.

Dr Noor Hisham berkata orang awam boleh menghubungi talian 911 jika mereka mengalami sebarang simptom dan perlu bertindak segera untuk menyejukkan tubuh pesakit sehingga bantuan tiba.

Berita berkaitan
Ramai jemaah Haji negara alami dehidrasi akibat cuaca panas
May 27, 2023· Isu semasa
MetMalaysia keluar senarai lapan kawasan kategori amaran cuaca panas
May 16, 2023· Isu semasa
Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat
May 13, 2023· Isu semasa
Cegah risiko buruk cuaca panas
May 9, 2023· Isu semasa
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok