Orang ramai boleh ambil vaksin di fasiliti swasta hari ini

October 11, 2021 · Isu semasa

Individu sekitar Lembah Klang yang belum menerima janji temu vaksinasi Covid-19 atau yang belum sempat menerima dos kedua mereka kini boleh mendapatkan imunisasi berkenaan secara percuma di fasiliti kesihatan swasta selain klinik kesihatan kerajaan.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan ia menerusi program tempahan vaksin untuk golongan dewasa bermula hari ini menerusi 98 fasiliti kesihatan swasta terpilih yang berdaftar di bawah ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth).

“Individu di Lembah Klang yang ingin mendapatkan janji temu vaksinasi mereka perlu menghubungi dan membuat tempahan dengan mana-mana 98 fasiliti swasta ini,” menurut kenyataan itu.

Kumpulan sasaran adalah golongan dewasa yang baru mendaftar dan belum mendapat janji temu, golongan dewasa yang terlepas janji temu dos pertama atau dos kedua dan golongan lain yang akan diumumkan KKM kelak.

Menurut kenyataan itu program dibangunkan ProtechHealth berkenaan adalah bagi menambah baik akses pemberian vaksin di Selangor dan Kuala Lumpur serta mengelakkan pembaziran dan ketidakpastian permintaan vaksin.

ProtectHealth ditubuhkan pada 19 Disember 2016 sebagai anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia (PHM) yang ditubuhkan di bawah KKM.

ProtectHealth juga merupakan pengurus skim untuk PeKa B40, Electronic Service Provider (ESP) untuk Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing dan pelaksana penglibatan pengamal perubatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Berita berkaitan
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Kira elaun ‘on-call’ hanya 15 jam sehari bukan 24 jam : KKM
June 26, 2023· Isu semasa
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
4 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
4 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
6 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
6 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok