Orang kenamaan jadi ‘sugar daddy’, selebriti jadi ‘sugar baby’

April 6, 2021 · Isu semasa

Pengasas laman temu janji ‘Sugarbook’, Darren Chan, 34, mendedahkan ada individu berpengaruh dan berkuasa di dalam negara serta selebriti tempatan mendaftar dalam aplikasi berkenaan.

“Apa yang boleh saya katakan adalah kami (sugarbook) mempunyai ahli yang sangat berpengaruh dan berkuasa. Terdapat juga banyak selebriti tempatan di laman web kami,” katanya dalam wawancara dengan portal luar negara – Vice.

Katanya, banyak pihak, termasuk pihak berkuasa yang mahu aplikasi itu mendedahkan ‘individu berkuasa’ yang menjadi ‘sugar daddy’ tetapi dia enggan berbuat demikian.

“Pihak berkuasa telah meminta nama dan alamat ahli premium kami tetapi saya berulang kali menolak untuk mendedahkan sebarang maklumat,” katanya.

Pengasas Sugarbook, Darren Chan ditangkap Februari lalu.

Dimulakan pada tahun 2017, Sugarbook dikatakan mendapat sambutan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia, yang beralih kepada perkhidmatan mencari ‘sugar daddy’ bagi memperoleh wang secara mudah ketika wabak Covid-19.

Chan berkata, walaupun aplikasi itu dilarang di Malaysia, laman web berkenaan masih boleh diekses oleh ahlinya menerusi ‘Virtual Private Network’ (VPN).

VPN adalah sistem yang akan menyembunyikan alamat protokol internet (IP) dengan membiarkan rangkaian mengarahkannya melalui pelayan jarak jauh yang dikonfigurasi khas dikendalikan host VPN.

Dia juga menolak dakwaan bahawa Sugarbook mempromosikan pelacuran, tetapi sebaliknya adalah laman web temu janji dalam talian.

Berita berkaitan
Rumah Terbuka PAS guna duit sendiri rekod kehadiran luar biasa
May 6, 2023· Politik
Pasangan cinta tanpa restu cenderung nikah di Thailand
February 2, 2023· Isu semasa
Al-Fatihah, Bob Lokman meninggal dunia
September 23, 2022· Isu semasa
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
2 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
4 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
19 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
11 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok