OPR naik atau turun diputuskan pada mesyuarat MPC Julai ini

April 4, 2023 · Isu semasa

Status mengenai kenaikan atau penurunan kadar dasar semalaman (OPR) hanya akan diketahui pada Julai nanti selepas berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa dasar monetari (MPC).

Untuk rekod, mesyuarat MPC itu akan menjadi asas perbincangan kepada keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) sama ada mengekalkan status quo OPR atau pun sebaliknya.

Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Shan Saeed berkata bank pusat telah menetapkan matlamat monetari yang bijak dan berhemat. Sehubungan itu, ia berjaya mengekalkan kestabilan harga, monetari serta pertumbuhan dan yang paling penting kestabilan struktur ringgit.

“Pada Oktober 2022, ringgit diniagakan pada RM4.78 dan orang ramai mula mengandaikan yang mata wang tempatan akan mencecah RM5.50 dan RM6 berbanding dolar AS dan ringgit akan jatuh merudum. Kami tidak setuju dengan pandangan ini.

“Pada 24 Nov, 2022 apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10, ringgit diniagakan pada RM4.48 berbanding dolar AS. Unit tempatan meningkat 1.5 peratus dalam tempoh kurang daripada empat jam selepas pengumuman itu dibuat.

“Bagi tahun ini, ringgit dijangka diniagakan antara paras RM4.10 dan RM4.37 berbanding dolar AS dan harga minyak bergerak antara paras US$83 dan US$127 setong,” katanya menurut laporan Bernama.

Shan berkata ringgit akan disokong oleh tiga pembolehubah, iaitu harga minyak tinggi, keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang dijangka berkembang antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus dan kestabilan makroekonomi.

Beliau juga berpandangan lawatan Anwar ke China baru-baru ini akan menyaksikan lonjakan dalam perdagangan bersama-sama dengan kestabilan makroekonomi dan harga komoditi tinggi.

“Selain itu, defisit belanjawan dan nisbah hutang berbanding KDNK Malaysia dijangka turun kerana negara akan mendapat manfaat daripada harga komoditi tinggi, yang memberi ruang kepada pergerakan fiskal. Jadi BNM dijangka terus mengekalkan OPR,” katanya.

Shan juga menegaskan penghargaan perlu diberikan kepada Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus kerana beliau telah mengambil langkah lebih awal yang berhemat pada 2020.

Gabenor, katanya, telah menurun OPR daripada tiga peratus kepada 1.75 peratus dan secara perlahan-lahan dan sangat berstruktur telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas yang menunjukkan keyakinan BNM terhadap ekonomi.

Sementara itu, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat telah menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, dan beberapa bank pusat lain malahan sehingga 200 mata asas. Ia menunjukkan situasi panik bank-bank pusat tersebut, katanya.

“Gabenor BNM telah mengambil beberapa langkah bijak dan BNM menjalankan tugas dengan baik. Dengan OPR berada pada 2.75 peratus ketika ini, saya percaya tidak perlu untuk menaikkan kadar, yang mana ia akan merangsang pertumbuhan KDNK. Apa yang paling penting adalah angka eksport makin meningkat.

“Kami optimis dengan prospek ekonomi Malaysia pada 2023,” katanya.

Berita berkaitan
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Kejatuhan nilai ringgit, Mat Maslan kata didorong faktor luaran
October 23, 2023· Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
October 2, 2023· Isu semasa
Perbelanjaan pengguna merosot pada 2023?
August 29, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Beratus juta tender diluluskan secara rundingan terus dalam kempen Keluarga Malaysia?
January 17, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
15 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
15 jam lalu · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok