OPR diramal naik lagi 25 mata, rakyat bakal terbeban: OCBC Bank

July 12, 2022 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan 25 mata asas lagi dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dijangka diputuskan dalam mesyuarat akan datang pada 8 September 2022, kata OCBC Bank.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Ahli Ekonominya Selena Ling berpendapat bahawa bank pusat itu dijangka hanya berhenti mengambil langkah tersebut pada November 2022 bagi menilai keseimbangan antara risiko inflasi dan kemelesetan sebelum mengambil tindakan selanjutnya, lapor Bernama.

“Melangkah ke hadapan, kami mengunjurkan BNM akan terus meningkatkan kadar tersebut. Dalam persekitaran suasana kadar faedah global yang meningkat dan tekanan inflasi domestik, terdapat kemungkinan kenaikan OPR berturut-turut berbanding kitaran kenaikan lebih panjang,” katanya.

BNM telah bertindak menaikkan 25 mata asas lagi OPR kepada 2.25 peratus pada mesyuarat keempat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi tahun ini.

Beliau berkata, langkah mengetatkan dasar monetri itu akan dilaksanakan apabila ekonomi dijangka masih mencatatkan pemulihan kukuh secara umumnya biarpun momentumnya perlahan akibat faktor global.

Berikutan itu, katanya, adalah sesuatu yang positif untuk melihat Malaysia memulakan tahun ini dengan lebih kukuh termasuk keluaran dalam negara kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan lebih tinggi daripada dijangkakan iaitu 5.0 peratus.

Namun, beliau berkata, cabaran yang mungkin dihadapi akibat kemelesetan ekonomi negara-negara utama dijangka menimbulkan cabaran lebih besar terhadap ekonomi Malaysia.

“Bagaimanapun, kita masih bernasib baik (kerana mampu) mencatat pemulihan dalam permintaan domestik dan komponen eksport yang tidak boleh diabaikan kerana kesannya terhadap ekonomi keseluruhannya terutama menerusi pemulihan aspek pekerjaan,” katanya.

Sehubungan itu, Ling berkata biarpun unjuran OCBC bagi pertumbuhan KDNK tahun penuh akan meningkat akibat kenaikan lebih tinggi di luar jangkaan pada suku pertama, tinjauan bagi tempoh berbaki tahun ini adalah tidak menggalakkan.

“Secara keseluruhannya, kami kini menjangkakan pertumbuhan bagi tahun penuh 2022 adalah pada 5.7 peratus berbanding 5.4 peratus sebelum ini.

“Di samping itu, sekiranya pertumbuhan ke destinasi eksport utama seperti China dan Amerika Syarikat mula susut, pertumbuhan Malaysia juga mungkin terjejas biarpun kadarnya masih memuaskan,” katanya.

Berita berkaitan
Untung jadi anak papa, Wan Saiful tanya siapa lagi dilantik secara diam-diam?
January 31, 2023· Politik
Lantikan Izzah, lagi NGO kritik PM kerana berunsur “nepotisme”
January 30, 2023· Politik
MP PH kata lantik Nurul Izzah salah dari segi moral
January 30, 2023· Isu semasa
Penasihat ekonomi wajib ada latar belakang ekonomi, CME bidas Anwar
January 30, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
4 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
4 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
7 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
7 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
3 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok