OPR: Bank juga umum kaji kenaikan bayaran pinjaman

May 4, 2023 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mengumumkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas.

Susulan itu, beberapa bank utama dalam negara sudah mengumumkan akan mengkaji kadar bayaran balik pinjaman selepas pengumuman BNM semalam.

Terbaharu, kadar asas standard bagi Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank akan berada pada 3.00 peratus berkuat kuasa 9 Mei ini.

Bank itu dalam satu kenyataan hari ini berkata kadar asas dan kadar asas Islam akan disemak semula kepada 3.88 peratus berbanding 3.63 peratus sebelumnya.

Begitu juga pinjaman serta pembiayaan berdasarkan kadar pinjaman asas dan kadar pembiayaan Islam akan disemak semula kepada 6.89 peratus daripada 6.64 peratus.

“Pelarasan kadar itu adalah sejajar dengan perubahan OPR terbaharu,” kata bank itu.

Selain itu, Public Bank turut akan menaikkan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR)/ kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa pada 8 Mei 2023.

Bank itu dalam kenyataan semalam berkata, langkah tersebut adalah sejajar dengan kenaikan terkini OPR oleh BNM.

“SBR Public Bank adalah 3.00 peratus seiring dengan OPR tersebut, manakala BR akan dinaikkan kepada 3.52 peratus daripada 3.27 peratus.

“BLR/FLR akan dinaikkan kepada 6.72 peratus daripada 6.47 peratus,” menurut Public Bank.

Pada masa sama, kadar deposit tetap bank ini akan turut diselaraskan meningkat berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Berita berkaitan
Perlu beri peluang kepada kerajaan untuk buktikan prestasi: Zahid
May 31, 2023· Politik Uncategorized
Kejatuhan ringgit, BNM jalan terbaik bincang dasar monetari: Rafizi
May 30, 2023· Isu semasa
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023· Isu semasa
Bekas menteri kewangan persoal kenaikan OPR ketika inflasi menurun
May 28, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
6 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
1 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok