Operasi judi di Kedah dihentikan, MB arah agensi penguat kuasa pantau

January 1, 2023 · Isu semasa

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memastikan semua premis perjudian dan loteri mematuhi arahan menutup operasi mereka mulai hari ini.

Operasi perjudian di negeri itu ditamatkan mulai semalam, setelah kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen operasi berkaitan.

Menurutnya semua lesen operasi perjudian itu tamat tempoh mulai 31 Disember 2022.

“Semua penguat kuasa PBT diarah memeriksa kedai judi dan loteri di seluruh Kedah bagi memastikan tidak ada yang dibuka hari ini.

“Semua lesen tamat tempoh pada 31 Disember dan kita tidak lagi memperbaharui lesen judi,” katanya menurut laporan BH hari ini (1 Januari 2023).

Pada 14 November 2021, Muhammad Sanusi dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah mengumumkan kerajaan negeri tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian, selain mengehadkan aktiviti penjualan arak di negeri itu.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi mengelak mudarat lebih besar kepada penduduk, selain bagi mencapai sasaran sifar judi.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kontroversi apabila masyarakat bukan Islam mendakwa ia melanggar hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Sementara itu, tinjauan di sekitar bandar raya ini mendapati semua premis perjudian ditutup dan ada kedai yang ditampal notis penamatan operasi sepenuhnya sebagai mematuhi arahan kerajaan negeri.

Seorang pekerja premis nombor ramalan yang ditemui berkata, semua perniagaan berkaitan perjudian atau pertaruhan di Kedah tidak lagi mendapat lesen operasi.

“Kerajaan tidak bagi lesen, jadi kedai tidak boleh buka lagi. Saya rasa memang tidak ada lagi kedai judi di Kedah, semua syarikat perjudian kena tutup perniagaan, tidak ada lagi premis yang berani buka,” katanya.

Berita berkaitan
Rafizi, siapa terduduk ni? soal MB Perlis
January 26, 2023· Politik
Amanah Kedah sokong pakar Singapura dibawa masuk KPKT, pertahan menteri DAP
January 26, 2023· Politik
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023· Politik
MITI jumpa wakil AstraZeneca bincang perluaskan operasi di Malaysia
January 20, 2023· Isu semasa
Popular
PM lantik anak jadi penasihat kanan
January 29, 2023
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
January 29, 2023
Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun
January 29, 2023
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
January 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes berprofil tinggi dikendalikan Sri Ram yang terkenal
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
5 jam lalu · Isu semasa
PM lantik anak jadi penasihat kanan
10 jam lalu · Isu semasa
Hujan lebat tahap bahaya dijangka landa Pahang, Johor dan Sabah hingga Isnin
11 jam lalu · Isu semasa
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
12 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok