Operasi Imigresen: PATI Indonesia lari tinggalkan dua anak

July 1, 2022 · Isu semasa

Jabatan Imigresen menyelamatkan dua kanak-kanak dipercayai warga Indonesia setelah ditinggalkan ibu bapa mereka susulan operasi di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Kedua-dua beradik itu berusia 12 bulan dan enam tahun sedang tidur ketika bahagian penguat kuasa Imigresen menyerbu sebuah rumah di kawasan setinggan, Kampung Masjid, Segambut Dalam kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Operasi itu dilancarkan susulan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan Buruh terhadap semua pendatang asing tanpa izin (PATI) berakhir jam 12 tengah malam tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Syamsul Badrin Mohshin berkata serbuan ke atas puluhan rumah sewa dan bilik sewa di kampung itu membawa kepada pemeriksaan seramai 92 orang warga Indonesia dan Bangladesh yang mendiami kawasan berkenaan.

Ia membabitkan 76 individu dewasa termasuk 46 lelaki serta enam kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima bulan hingga 57 tahun.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah, tinggal melebihi masa serta menggunakan dokumen perjalanan palsu,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan berakhir.

Syamsul Badrin berkata pelbagai cara dilakukan oleh PATI yang mendiami kawasan berkenaan untuk mengelakkan daripada ditahan anggota penguat kuasa Imigresen termasuk melarikan diri melalui kawasan belukar dalam keadaan gelap dan berkaki ayam.

“Seperti yang kita lihat tadi dua anak kecil ditinggalkan oleh ibu bapa yang melarikan diri dan tindakan kita adalah menempatkan pegawai Imigresen Kuala Lumpur di kediaman berkenaan sehinggalah ibu bapanya kembali ke rumah berkenaan,” katanya menurut BH.

Imigresen Kuala Lumpur akan terus menggempur kawasan kebanjiran PATI terutama membabitkan kawasan kediaman, perkilangan dan pusat perniagaan yang menjadi tumpuan kerja warga asing sekitar ibu negara bagi mengesan mereka yang tidak menyerah diri selepas Program Rekalibrasi Pulang berakhir.

“Tiada lagi kompromi, kita akan bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Akta Imigresen, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah memberikan peluang sejak November 2020, namun ada yang masih berdegil dan kita akan mengesan mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga Afrika
November 4, 2023· Isu semasa
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
Muhyiddin sangkal fitnah kaitkan dengan MYAirline
October 18, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
2 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
2 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok