Op Selamat 18: Penunggang, pembonceng motosikal rekod kes maut tertinggi

May 7, 2022 · Isu semasa

Kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal merekodkan jumlah tertinggi dengan 88 kematian dicatatkan di seluruh negara setakat semalam sejak Op Selamat 18 sempena Aidilfitri dilancarkan pada 29 April lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata kemalangan maut membabitkan pemandu dan penumpang kenderaan lain pula mencatatkan 44 kematian diikuti pejalan kaki dengan lapan kematian serta penunggang basikal (satu kematian).

“Keseluruhan kes kematian sepanjang Op Selamat 18 adalah sebanyak 141 kematian dalam 135 kemalangan maut yang berlaku di jalan raya di seluruh negara,” katanya lapor Bernama hari ini.

Beliau berkata selain itu, polis secara keseluruhannya merekodkan sebanyak 12,985 kemalangan di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya setakat semalam juga, sejumlah 257,808 saman telah dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan trafik.

Razarudin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 194,445 saman dikeluarkan atas kesalahan utama iaitu memotong barisan, memotong garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju yang dibenarkan serta menggunakan alat telekomunikasi.

Berita berkaitan
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Usaha normalisasi gaya hidup songsang tak boleh diterima, kata Menteri
March 14, 2023· Isu semasa
Tembak isteri sehingga maut, seorang anggota polis direman tujuh hari
March 6, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Tak patut lantik Asyraf Wajdi jadi pengerusi MARA: Pakar ekonomi
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
12 minit lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
53 minit lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
16 jam lalu · Isu semasa
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
16 jam lalu · Isu semasa
Tiga pengeluar tanggung SST kereta tak sempat diserah 31 Mac: Laporan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok