Op Patuh SOP Covid tamat: Hamzah

June 28, 2022 · Isu semasa

Penguatkuasaan besar-besaran Ops Patuh, yang dilaksanakan bagi membendung ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di peringkat nasional secara bersepadu, ditamatkan pada 25 Jun lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ini kerana negara telah memasuki fasa peralihan kepada endemik.

Menurutnya Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 (JKPS) yang ditubuhkan untuk menggerakkan Op Patuh bagi menguatkuasakan PKP itu telah genap setahun pada 25 Jun lepas.

Memetik Bernama, JKPS diterajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan melibatkan 32 kementerian, jabatan dan agensi, menguatkuasakan arahan dan undang-undang di lapangan dalam usaha pencegahan Covid-19.

“Sepanjang Op Patuh dilaksanakan sehingga 25 Jun lepas, sebanyak 5.55 juta pemeriksaan telah dijalankan. Daripada jumlah itu, sebanyak 13,143 kompaun telah dikeluarkan dan sejumlah 6,383 premis diarahkan tutup,” katanya dalam sidang media selepas majlis apresiasi JKPS di sini hari ini.

Hamzah berkata kerajaan juga memutuskan untuk menamatkan pelantikan pegawai yang diberikan kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 pada 30 Jun ini.

“Berikutan negara dalam peralihan ke fasa endemik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk penguatkuasaan SOP dan protokol peralihan endemik menggunakan kuasa perundangan di bawah Akta Polis 1967,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
8 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
9 jam lalu · Isu semasa
Polis tahan Lelaki letak vape dalam mulut bayi
9 jam lalu · Isu semasa
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
9 jam lalu · Isu semasa
Akaun Telegram Menteri Luar digodam
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
23 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok