Omicron mutasi Covid-19 paling ganas

Kewujudan varian baharu Covid-19, Omicron sekali lagi meresahkan orang ramai. Masakan tidak, seluruh dunia baru sahaja bangkit untuk memulihkan sistem ekonomi dan sosial yang sebelum ini sudah pun terjejas.

Sebagai contoh, kadar jangkitan Covid-19 di Eropah yang dilaporkan meningkat mendadak sebelum ini, semakin kritikal dengan penularan Omicron dan banyak negara mula melaksanakan pelbagai sekatan bagi mengekang varian itu.

Penasihat saintifik di Vesta Care, Emmanuel Kouvousis percaya, koronavirus akan terus mendominasi dunia sekiranya masih banyak negara tidak mempunyai pelan tindakan yang kukuh.

“Jika saya boleh membuat jangkaan, saya ingin katakan Covid-19 akan terus berada di semua tempat sekurang-kurangnya untuk lima tahun lagi sejak ia muncul.

“Kemungkinan juga Omicron adalah mutasi yang terakhir, dengan dua lagi strain dominan dijangka muncul sebelum pandemik benar-benar berakhir,” katanya kepada Arab News.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Perubatan di Kumpulan Intelligent Care, Konstantinos Dimitrakopoulos berkata, masih banyak masyarakat mendapat maklumat salah mengenai vaksin Covid-19 sehingga menyebabkan mereka menolak untuk mengambilnya.

“Vaksin tidak menghalang anda daripada dijangkiti Covid-19, mahupun menyebarkannya kepada orang lain. Namun, vaksin berkesan untuk mencegah anda daripada mempunyai komplikasi teruk atau kematian akibat Covid-19.

“Jika kita mahu vaksin menjadi alat pencegahan paling berkesan, kita perlu memastikan berbilion-bilion penduduk divaksin dengan segera, namun itu mustahil untuk dilakukan,” ujarnya.

Selain itu, masa pengambilan vaksin yang terlalu lama antara dos pertama dan kedua juga menyebabkan vaksin tidak berkesan sepenuhnya mengawal penularan jangkitan.

Katanya, bekalan vaksin yang tidak menyeluruh menyebabkan masalah tersebut terus meruncing.

Dalam pada itu, di Malaysia, dos penggalak kini sudah mula diberikan kepada individu yang layak mendapatnya, terutama kepada penerima vaksin Sinovac yang sudah lepas tiga bulan penerimaan dos kedua dan penerima vaksin Pfizer selepas enam bulan.

Berikut sembilan fakta terkini yang perlu kita ketahui dan ambil maklum:

  1. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada 8 Oktober telah memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak keluaran Pfizer.
  2. Dos penggalak ini diberikan kepada orang dewasa 18 tahun dan ke atas sekurang-kurangnya enam bulan selepas suntikan dos kedua.
  3. Dos penggalak atau booster shotini akan ditawarkan tetapi tidak wajib diambil.
  4. Walaupun dos penggalak boleh diambil oleh semua populasi, ia hanya akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, berkomorbid dan petugas barisan hadapan kerana keberkesanan vaksin semakin berkurang selepas enam bulan.
  5. Vaksin keluaran Pfizer ialah vaksin Covid-19 pertama diluluskan untuk kegunaan dos penggalak di negara ini.
  6. Pemberian dos penggalak menggunakan kaedah campuran vaksin berbeza (heterologi) iaitu bukan vaksin yang sama seperti dos pertama dan kedua. Sebagai contoh, jika dos pertama dan kedua Sinovac atau AstraZeneca, dos penggalak ialah Pfizer.
  7. Dos ketiga dan dos penggalak adalah berbeza. Dos ketiga akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi yang mana dos kedua didapati tidak cukup untuk meningkatkan tindak balas imuniti terhadap jangkitan Covid-19.
  8. Dos penggalak pula boleh diambil semua orang untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

BERITA BERKAIT
POPULAR