OKU boleh salur maklumat rasuah menerusi platform dibangunkan SPRM

July 24, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membangunkan satu platform atau mekanisme yang sistematik seawal bulan hadapan, bagi memudahkan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran menyalurkan maklumat berkaitan isu rasuah kepada agensi itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata platform yang berbentuk digital itu, akan dibangunkan oleh pasukan dalaman SPRM dengan kerjasama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), lapor Bernama.

“Platform ini juga boleh dimanfaatkan untuk kami memberikan penerangan mengenai jenayah rasuah, untuk dijadikan panduan kepada komuniti OKU pendengaran dalam mengetahui dan memahami apakah jenis-jenis dan sifat-sifat kesalahan rasuah tersebut.

“Selain daripada itu, platform ini juga turut membolehkan kami memberikan pemakluman dari semasa ke semasa mengenai inisiatif-inisiatif pencegahan rasuah yang dibuat oleh kerajaan dan SPRM, untuk disebarluaskan lagi kepada keluarga dan rakan-rakan yang lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutup Program Antirasuah Bersama Komuniti Orang Pekak, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Presiden MFD Mohamad Sazali Shaari.

Mengulas lanjut, Norazlan berkata platform itu adalah langkah pertama SPRM dengan komuniti OKU yang dimulai dengan golongan OKU pendengaran dan ia akan dipanjangkan kepada komuniti OKU lain pada masa hadapan.

“Sebelum ini tidak ada platform rasmi atau berstruktur, dan ini mungkin menyukarkan komuniti OKU pendengaran untuk mendapatkan pemakluman lanjut berkaitan isu-isu rasuah.

“Dengan adanya jambatan perhubungan melalui kerangka ini kami mengharapkan lebih banyak interaksi antara kami dan golongan OKU pendengaran bukan hanya setakat aduan atau maklumat, tapi apa-apa isu berkaitan rasuah supaya golongan ini lebih jelas mengenai apa dimaksudkan dengan rasuah,” katanya.

Norazlan berkata tahap kepekaan mengenai rasuah dalam kalangan komuniti OKU bertambah baik, namun ada beberapa perkara yang mereka mungkin tidak berapa jelas mengenai sifat-sifat dan kesalahan rasuah itu sendiri.

“Apa maksud rasuah, adakah menerima barangan itu rasuah, adakah salah guna kuasa itu satu daripada rasuah.

“Ini kami cuba terapkan melalui pendekatan kami supaya semua akan lebih jelas dan akhirnya apabila sesuatu sifat rasuah itu berlaku, maka golongan OKU ini boleh dengan cepat melaporkan kepada kami, supaya kami dapat ambil tindakan dengan segera supaya dapat mengurangkan atau menghalang ketirisan-ketirisan daripada berlaku, terutama melibatkan dana diberi kerajaan atau mana-mana organisasi untuk kegunaan komuniti pekak atau OKU yang lain,” katanya.

Mengenai kerahsiaan maklumat atau aduan tentang rasuah yang akan disalurkan menerusi platform itu, Norazlan berkata pihaknya memberi jaminan maklumat itu dirahsiakan berdasarkan ruang litup undang-undang.

“Kita akan masukkan elemen-elemen kerahsiaan dalam (platform) itu, yang dalam lingkungan litup undang-undang supaya kerahsiaan terjamin dan pemberi maklumat kerahsiaan identitinya juga terjamin,” katanya.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok